Followers

Thursday 21 August 2014

PC Menciut-ciut

-

As-salam.

Sambil Mak Aji menaip entri ini sambil itulah juga terdengar bunyi ciut-ciut daripada hard disk PC Mak Aji ini. Seolah-olahnya ada anak tikus di dalamnya! Entah apa lagilah yang tidak betul dengannya.

Semalam PC lagi meragam. Sekejap saiz fon di skrin kecil, lepas itu skrin terpadam terus, bila 'menyala' balik, saiz fon jadi kecil pulak. Sekejap hitam, sekejap 'menyala'. Boy tolong!! Nasib baiklah Boy ada di rumah kerana time-off. Katanya belum pernah dia tengok PC sebegini teruk keadaannya - akibat selalu offkan dia secara mengejut, katanya. Siapalah punya angakara yang suka offkan dia mengejut ni??

Apapun Boy keluar untuk membeli seketul benda - hard drive ke apa ke bendanyanya untuk memasukkan segala data Mak Aji sementara dia meninjau-ninjau keadaan PC Mak Aji. Selepas selesai kerja terhadap PC malam tadi, Mak Aji disuruh test-drive dulu PC pada hari ini. Nampak macam oklah pulak, kecuali ada sekali dua terpadam juga macam semalam. Bunyi menciut masih ada cuma makin perlahan sahaja. 

Ofis Mak Aji.

Janganlah pula PC bermasalah hinggakan terpaksa cuti berblogging pula, aiseh man!! Harap-harap oklah setelah Boy ubatkan PC ini lagi! 



2 comments:

nurbijen said...

Salam Mak Aji...
Nasib baik ada doktor yg boleh rawat PC mak aji... Moga penyakit tu tak berlarutan... Insya Allah...
Wah, bukan main kemas lagi opis mak Aji... sedap mata memandang :)

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Doktor dalam rumah ni pun belum cukup tempoh housemanship, he he! Macam pilot yg belum cukup flying hours dia. Bolehlah sikit2. Harap oklah tu.

Ini time opis kemas, ada time berselerak dgn segala macam bil terutama bila cukup bulan! Itu hanya Mak Aji ajalah yg tengok, he he!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...