Followers

Monday 30 December 2013

Ziarah ke Baitul Maqdis - 8

As-salam.

17 dan 18 Disember 2013.

Kami bangun dari tidur awal-awal lagi memandangkan pagi ini merupakan pagi terakhir kami di kota suci ini. Malam tadi sebelum tidur Mak Aji sudah berkemas sebahagian besar pakaian kami agar pagi ini tidaklah terlalu tergesa-gesa untuk menyiapkannya.

Sekitar sebelum jam 4.00 (dalam perjalanan ke masjid) kami bertembung dengan empat orang tentera Israel yang pulang dari tugas berkawal. Mereka cukup tinggi, berbadan tegap, memakai ski-mask yang hanya menampakkan biji mata sahaja! Rasa Mak Aji mereka juga memakai bullet-proof vest selain menyandang senapang. Pakaian seragam serba hitam mereka menambahkan lagi rasa gerun kita! Walaupun demikian, setelah berhari-hari berulang alik ke masjid rasa gerun semakin menipis. Oh ya, sekali-sekala Mak Aji perasan juga helikopter yang terbang di atas kepala kami (agak tinggi) di sekitar kawasan Masjidil Aqsa (surveillance helicopters) - sedikit terasa seperti di medan pertempuran!

Menjelang jam 4.05 pagi kami sudah tercegat di pintu kawasan masjid menunggu pintu dibuka dari dalam (ada pejabat pengawal tentera di dalam). Sambil menunggu ini yang dirakam:

Lampu di pintu masuk kawasan masjid - cantik pulak dia ya!
Antara mereka yang menunggu bersama-sama kami.
Sebenarnya di pintu ini biasanya terdapat sekurang-kurangnya dua orang tentera Israel duduk berkawal bertemankan alat pemanas mudah alih elektrik  (electric portable heater). Di situlah mereka duduk berkawal - pasti mengelatuk kesejukan, sebab itulah meraka pakai ski-mask! Pada ketika ini tiada seorang pun tentera, maka itulah sebabnya Mak Aji sempat merakam foto ini.

Tazkirah terakhir kami selepas solat Subuh.
Imam juga mendoakan agar kami mampir lagi ke Masjidil Aqsa, insya-Allah!
Solat subuh Mak Aji yang terakhir. Yasmin pulang dua hari selepas
kumpulan kami.
Salji semakin menipis. Betapa beratnya hari meninggalkanmu!

Pemandangan dalam foto di atas inilah yang pertama yang kami lihat setiap kali sebelum tidur dan setiap kali bangun dari tidur sepanjang di sini! Akan kami kenang sepanjang hayat!

Dalam berat langkah kami keluar dari masjid, Mak Aji sempat merakam foto-foto terakhir dalam perjalanan pulang ke hotel. Langkah-langkah tersebut merupakan antara langkah terakhir kami di masjid yang suci ini:


Masjid yang di atasnya kubah kelabu kebiruan/kehijauan.
Dome of the Rock.
Tempat air pancut - air beku agaknya, maka tiadalah yang memancut!


Menuju pintu masuk/keluar kawasan masjid.
Jalan sebegini yang beraislah yang sering 'makan orang'! -
ada teman-teman kami yang jatuh.
Gerbang Babus Zahro, laluan masuk pertama untuk ke masjid. 
Sekitar jam 9.30 pagi bas kami bergerak keluar dari Baitu Maqdis menuju Jordan. Proses imigresen di Allenby Brigde/Terminal agak lebih mudah dan cepat berbanding semasa kami masuk. Destinasi kami seterusnya, Laut Mati. Kami menyinggah untuk makan tengah hari di Amman Beach Tourism Resort, di Laut Mati.

Seorang pengusaha yang membuat dekorasi pasir berwarna untuk dijual.
Ada juga yang cuba berenang di sini.
Sungguh cantik Laut Mati yang menyimpan sejarah Nabi Lut dan kaumnya!
Cantik tongkat! Itulah tongkat yang dibeli di Jaffa tempoh hari.
Zabir dan Cik Jah.
Pasangan bahagia, insya-Allah!
Tidak lekang Pak Aji daripada tongkatnya!
Cuaca macam panas tetapi anginnya tetap sejuk!
Seronoklah tu Habib pegang tongkat dia!
Cuba lihat ejaan water yang dieja watre tu!
Destinasi seterusnya,  makam Nabi Syuaib:

Makam Nabi Syuaib.
Berikut pemandangan sekitar makam dan masjidnya:


Di hadapan masjid dan makam.
Seterusnya kami menziarah sebuah lagi makan sahabat, iaitu makam Abu Ubaidah Ibnu al-Jarrah di sebuah masjid. Usai solat Maghrib dan Isyak secara jamak qasar, kami menziarah makamnya:

 Makam Abu Ubaidah Ibnu al-Jarrah  
Dalam perjalanan ke makam tersebut, Mak Aji terlihat sekumpulan khemah yang tercatat UNHCR padanya (foto pertama) - Mak Aji agak sebagai khemah pelarian Palestin di Jordan (entah ya entah tidak?):

Khemah pelariankah ini?
Ini agaknya khemah kaum gipsi!
Menurut kata pemandu pelancung, khemah badwi biasanya berwarna sama ada hitam, putih atau coklat. Khemah gipsi pula bermacam-macam warna. Kaun badwi memang memiliki tanah tempat mereka membuka khemah mereka manakala kaun gipsi pula membuka khemah mereka di merata-rata tempat yang bukan milik mereka. 

Pak Aji ada pengalaman menarik setelah selesai solat di masjid yang terletaknya makam sahabat itu - seorang Arab Jordan masuk ke masjid dan Pak Aji memberi salam. Kata Pak Aji dia meminta Pak Arab itu mendoakannya sambil meletakkan tangan Pak Arab itu ke dadanya. Pada ketika itu terasa oleh Pak Aji akan semacam ada current antara mereka berdua lantas Pak Arab itu memeluknya! Habib dan jemaah yang lain terkejut dengan adegan itu! Entah ada atau tidak hubungan rohani antara mereka?? Allahualam!

Malam agak lewat dan kami tiba di Amman, dan menuju sebuah restoran untuk makan malam terakhir dibumi Arab ini:

Dalam keletihan dan kelaparan menunggu hidangan.
Appetizer - boleh tahan banyaknya! Free flow of flat bread.
Main dish - tak sempat ambil foto, dah hampir licin,
tinggal kebab satu tergolek!
Pelayan mengopek limau -  semacam buat
persembahan pula dia!
Setelah perut kenyang dan tilam bantal mula melambai-lambai kami dihantar ke Queen Alia Airport untuk daftar masuk penerbangan Royal Jordanian pada jam 2.10 pagi (waktu tempatan). 

Alhamdulillah selesailah sudah misi ziarah (bukan misi kemanusiaan mahupun misi hospital ya, he he!) kami ke Baitul Maqdis. Insya-Allah pada kesempatan ziarah yang lain, akan dikongsikan jua! 




9 comments:

Sarah Talib said...

Assalamualaikum..salam perkenalan..Mak Aji. saya dah folo ke50...

Aida Salleh said...

Salam Kak,

Kak, terima kasih keran sudi berkongsi penglaman yang cukup berharga ini. Semoga suatu hari nanti saya pun diberi kesempatan untuk sampai ke sana. Insyaallah.

Ummu Madihah said...

Salam Sarah,

Selamat berkenalan juga! Terima kasih Sarah! Boleh kenal Mak Aji lebih rapat dengan blog ni.

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Sama2. Seronok berkongsi agar boleh jadi ikutan. Semoga lebih ramai kawan2 kita dapat sama2 memakmurkan Masjidil Aqsa, insya-Allah!

QA's ~ mamapapa said...

salam,mak aji.alhamdulillah...untung mak aji dpt bersolat di sana.mmg cantik sggh kwsn sekitarnyakn :)moga2 sy jgk dpt ke sana 1 hri nti,amin :)

- dieyana - said...

seronoknye baca catatan mak aji ni...

(psst! semart pak aji dgn tongkat tu...hikhihk..)
.Alhamdulillah..moga mak aji n pak aji diberi kesihatan yang baik...

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Alhamdulillah rezeki Mak Aji! Insya-Allah adalah rezeki QA pula nanti ya, amin!

Salam Dieyana,

He he, semoga catatan ziarah sama-sama dimanfaatkan! Seronok orang tu dapat tongkat tu, jangan bagi kat orang sudah, dia tu pantang orang tanya bila berkenan koleksi tongkatnya, diberi terus!

Terima kasih Dieyana kerana mendoakan kesihatan kami, amin!!

suka suka said...

Assalam Mak Aji.. baru dapat baca entri ni

Ummu Madihah said...

Salam Mar,

Harap Mar dapat sama-sama 'alami' ziarah tersebut!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...