Followers

Monday 24 December 2012

Ketentuan-Nya

As-salam.

Home Sweet Home! Betapa leganya hati ini apabila menjejak kaki ke rumah setelah berada di negara orang selama dua minggu. Mak Aji pulang pada 19 Disember lalu. 

Perkara pertama yang disemak, pokok di laman! Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja kecuali satu yang terkesan - berada di porch dan tidak disiram hujan, juga tidak disiram oleh anak bujang! 

Mak Aji dan Pak Aji sudah sebelum ini merancang ke Banjarmasin pada 5-10 Disember (Pengajian Akbar bersama-sama Ustaz Fahmi Zam Zam di Pondok beliau bersama-sama sekitar 300 lebih anak muridnya dari seluruh Malaysia). Pada 13-19 pula kami merancang ke Surabaya untuk menziarah anak-anak. Walau bagaim,anapun, kita hanya mampu merancang, hanya Allah SWT yang menentukan segala-galanya. 

Asyraf menelefon memaklumkan bahawa dia demam. Kami ingatkan demam biasa sahaja dan menyuruhnya makan ubat demam yang dibekalkan. Walau bagaimanapun demamnya berulang-ulang kali datang balik. Dia disuruh ke hospital, diberi ubat dan balik ke pondok. Selepas itu demam datang lagi lalu dia ke rumah Ibu Dewi (isteri kawan baik Pak Aji) dan setelah ke hospital lagi didiagnos menghidap typhoid dan dinasihatkan agar ditahan di hospital. 

Mak Aji tidak tentu arah dibuatnya setelah dia dimasukkan ke hospital. Tiket segera dibeli dan Mak Aji ke sana pada 4 Disember bersoerangan sebab Pak Aji tetap ingin ke Banjarmasin (juga berseorangan). 

Petang hari yang sama Mak Aji sampai di Surabaya dan ke rumah Ibu Dewi. Pakaian disiapkan dan Mak Aji terus ke hospital untuk meneman Asyraf. Ini rupa hospitalnya:

Rupa hospital dari hadapan - memanjang ke belakang.
Papan tanda di tepi jalan.
Ini pula Asyraf di katil pesakit:

Kasihan anakku monyok!



Sempat lagi peace!
Ada TV - tengok TV sampai jemu!
Juga ada peti ais satu pintu serta katil untuk tukang tunggu - Mak Ajilah.


Alhamdulillah setelah 4 hari ditahan, Asyraf keluar hospital dan kami balik ke rumah Ibu Dewi. Sepanjang kami di hospital, Ibu Dewi setiap hari mengirim makanan untuk Mak Aji - tiga kali sehari! Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baiknya! 

Setelah sehari dua di rumah Ibu Dewi, kami dihantar oleh pemandu (supir) Ibu Dewi ke Pasuruan untuk menemui anak Mak Aji yang seorang lagi, Madihah. Perjalanan dari Sidoarjo ke kota Pasuruan dengan berkereta mengambil masa sekitar sejam lebih.

Kami menginap do Hotel Pasuruan, yang jaraknya dengan pondok Madihah hanya berjalan kaki selama 5 minit. Penginapan berbentuk motel dan agak sederhana tetapi cukup selesa.

Papan tanda di pintu masuk ke hotel.


Hotel Pasuruan yang serba sederhana tetapi cukup selesa.

Reception.
Kami menginap di situ selama tiga hari dan sepanjang masa tersebut Madihah juga menginap (pagi ke pondok dan petang balik dengan makan tengah hari kami siap berbungkus).

Sehari sebelum temu janji Asyraf di hospital, kami pulang ke rumah Ibu Dewi lagi (hospital dan rumah Ibu Dewi jaraknya cuma sekilometer dua sahaja). Kami menginap selama dua tiga hari lagi dan pada 13 Disember (malamnya) kami berdua (dengan beg baju kami) ke lapangan terbang (bandara) Surabaya untuk menunggu Pak Aji serta kakak dan keluarganya datang.

Dari lapangan terbang kami menaiki dua buah teksi (tambang 280,000 rupiah - dapat diskaun sebab harga biasa 300,000 rupiah!) menuju ke Hotel Pasuruan - tiba jam 2 pagi!

Pagi esoknya kami berjalan sekitar kota Surabaya dan ke Malang. Pada 16 Disember kakak dan keluarga kembali ke tanah air manakala kami balik ke KL pada 19 Disember. Ikuti jalan-jalan kami dalam entri seterusnya!!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...