Followers

Saturday 29 December 2012

Balik kampung Lagi

As-salam.

Sekarang Mak Aji bersiaran dari kampung, dengan lebih tepatnya Mak Aji berada di rumah kakak, Cik Ning di Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan. 

Pak Aji serta rakannya balik kampung berkereta beberapa hari lepas. Dia mengajak Mak Aji balik sekali tetapi Mak Aji menolak sebab terasa belum puas berada di rumah setelah dua minggu sebelum itu tiada di rumah. Ketika itu Mak Aji sedang menikmati betapa seronoknya tidur di katil sendiri, makan di meja makan sendiri, dan segalanya yang sendiri punyalah! It felt so good to be home after a long leave. 

Walau bagaimanapun, apabila Cik Ning mengajak untuk balik kampung kerana kereta dia masih kosong, Mak Aji terus menyanggup untuk balik. Mereka sebenarnya dalam perjalanan balik selepas menghantar anak bongsu mereka ke UNITEN di Muazam. Kata Cik Ning dia akan membuat sedikit majlis sempena kelahiran cucu keduanya, juga seorang puteri. 

Nur Sarah Farisya dan adik barunya, Nur Sarah Farhana,
cucu-cucu saudara Mak Aji.

Tahniah Syam dan Aimi atas kelahiran anak kedua mereka!

Catatan: Untuk pengetahuan, ini kali keempat Mak Aji balik kampung sejak pencen Julai lalu. Hai, mentang-mentanglah orang pencen, asyik berjalan tak berhenti rentak! (mengata diri sendiri).




4 comments:

AsiahRSC said...

Lady of leisure club, what else to do? Do whatever you want and like to do ... Kalau sakan balik kampung, balik jer. Kalau sakan jalan atau holiday jalan dan holiday jer ... Soon, another member will join the club officially!!! hehehe. Sekarang ni sebelah kaki jer!

Aida Salleh said...

wahhhhh....saya sangat cemburu...huhuhuhuuuu...

Ummu Madihah said...

Salam Siah,

betul, betul, betul! Kalau tidak org x panggil Lady of leisure, kan! Jap lagi dapat dua kaki, boleh start jalan!

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Jangan cemburu, kami ni old timers dah, dah cukup masa memberi khidmat, dah tiba masa berundur. Awk tu muda lagi, masih diperlukan organisasi! Kena cukup umur dulu baru boleh join kami. Entah sempat tidaklah tu, entah2 dah berhijrah ke dunia lain, he he!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...