As-salam.
Talian streamyx masih bermasalah di rumah. Sudah berkali-kali laporan dibuat dan sudah berkali-kali kontraktor datang, sudah ditukar modem yang baru tetapi masalah masih berlanjutan. Kata mereka kotak di luar perlu dibetulkan - entah apa-apalah mereka ini!! Kalau mengikut piagam pelanggan mereka kita akan dihubungi dalam tempoh 24 jam, tetapi sehingga kini tiada siapapun yang telefon dan talian masih problem lagi!!! Berasap kepala ini memikirkan!
Sudahlah internet bermasalah, anak bongsu Mak Aji, Asyraf yang menuntut di Surabaya memaklumkan yang dia demam tidak baik-baik selama beberapa hari. Dia ke rumah mak angkatnya di Sidoarjo dan ke klinik lagi dan terus dimasukkan ke hospital di sana.
Sebenarnya Mak Aji sudah membeli tiket untuk menziarah anak-anak di sana pada 13 Disember ini, tetapi dek kerana Asyraf sakit, maka Mak Aji terpaksa abaikan tiket tersebut dan akan berlepas ke sana petang ini. Jadi, blog akan bersawang lagi sehinggalah Mak Aji balik insya-Allah 19 Disember nanti. Until then, adios! Tolong doakan kesihatan Asyraf ya! Oh ya, Asyraf disahkan terkena typhoid.
2 comments:
Salam Mah,semoga anakanda segera sembuh..have a safe journey! From Sepawan
salam wan,
alhamdulillah dah agak baik. insyaallah kata dr esok boleh keluar hospital. sekitar 1 minggu kena rehat dulu d rmh kwn d sini sblm kembali ke pesantren.
Post a Comment