Followers

Friday 21 October 2011

Terapi Antipenuaan yang Terbaik


oleh Dr. Mercola

Pernahkah anda terfikir untuk belajar ballroom dancing, yoga, atau mengayuh basikal kerana anda bukan lagi berusia 20-an atau 30-an? Sebenarnya, dari segi senaman, usia hanyalah angka semata-mata – tiada angka yang terlalu lanjut untuk anda memulakan cara hidup aktif. Anda perlu membuka luas minda anda dan jangan sesekali fikir yang apabila anda sudah lebih separuh abad, anda sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi!
Beberapa contoh yang Boleh Diikuti
Jika anda perlukan contoh, berikut beberapa orang yang boleh memberi inspirasi kepada anda:

  1. Jack LaLanne, sekarang berusia lebih  90-an tetapi masih mantap!
  2. Tao Porchon-Lynch, pemenang pertandingan ballroom masih mengajar sekurang-kurangnya 12 kelas yoga seminggu pada uisa 93 tahun!
  3. Lew Hollander, yang menjadi orang kedua yang berusia 80 tahun dan yang menyempurnakan  Ford Ironman World Championship, yang terdiri daripada berenang sejauh 2.4 batu , menunggang basikal sejauh 112 batu dan bermaraton sejauh 26.2 batu!
  4. Allan Johnson, yang berusia 80 tahun dan masih bertanding dalam pertandingan rodeo!

Terdapat empat orang warga emas yang memperoleh tali pinggang hitam tahap ke-10, yakni yang tertinggi dalam Judo! Nama salah seorangnya, wanita Jepun berusia 98 tahun, Sensei Keiko Fukuda.  Beliau masih mengajar Judo tiga kali seminggu!
Nenek hebat!!
Apapun jenis senaman yang dibuat, ingat bahawa jika anda lebih aktif , maka anda akan lebih sihat, lebih lentur (nimble) lebih gembira --- DAN
Anda Tidak Terlalu Tua untuk Bersenam
Ibu saya contoh terbaik. Dua tahun lepas ibu saya jatuh dari tingkat atas rumah dan patah tulang bahu dan pergelangan tangannya. Beliau mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Apabila sembuh sepenuhnya, beliau bermula dengan membuat senaman bagi memulihkan kekuatan, imbangan dan kelenturan.
Ibu saya bermula pada usia 74 tahun dan pada usia 77 tahun, beliau memperoleh peningkatan dalam kekuatan fizikal, julat pergerakan, imbangan, ketumpatan tulang, dan kecergasan minda. Walaupun beliau teragak-agak pada mulanya, namun beliau sekarang seronok bersenam. Saya harap beliau boleh menjadi inspirasi anda untuk terus cergas walau berapapun usia anda!
Manfaat Senaman
Kajian banyak membuktikan bahawa senaman memainkan peranan penting untuk mengurangkan penyakit, mencapai kecergasan mental yang optimum, kesihatan emosi dan fizikal (disease reduction, optimal mental, emotional and physical health), dan melanjutkan usia. Mengikut  40 kajian yang diterbitkan antara tahun 2006 dan 2010, pengkaji mendapati bahawa senaman mengurangkan risiko sekitar 14 jenis masalah kesihatan (exercise reduces the risk of about two dozen health conditions), yang terdiri daripada kanser, dan penyakit jantung hinggalah diabetes jenis ke-2, strok, nyanyuk serta kemurungan. Senaman juga memperlahankan kadar penuaan. Sebaik-baiknya, jadikanlah senaman sebagai sebahagian daripada sebelum anda menjadi warga emas... jika sudah menjadi warga emas, anda mesti bermula sekarang!
Senaman yang dijadikan kelaziman antara lainnya akan membuahkan manfaat berikut:
·         Senaman walaupun sedikit akan melindungi golongan berusia daripada nyanyuk dan juga boleh membantu menterbalikkan beberapa kesan penuaan (reverse some of the effects of aging).
·         Wanita berusia antara 75 dan 85, yang kesemuanya mengalami penurunan ketumpatan tulang, malah sudah mengalami osteoporosis, berupaya mengurangkan risiko apabila jatuh melalui strength training (lower their fall risk with strength training) dan aktiviti ketangkasan .
·         Senaman sederhana bagi mereka yang berusia antara 55-75 boleh mengurangkan risiko mendapat sindrom metabolik (cut the risk of developing metabolic syndrome,) yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes.
·         Untuk mereka yang mula bersenam pada usia 50 tahun dan berterusan selama 10 tahun, kadar kematian sebelum masa yang sesuai jatuh secara mendadak (rate of premature death declined dramatically), agak serupa dengan apabila berhenti merokok dan seumpama mereka yang sudah bersenam sepanjang umur mereka.  
·         Senaman banyak meningkatkan ketahanan otot dan keupayaan fizikal  (improved muscle endurance and physical capacity) dalam kalangan pesakit yang mengalami kegagalan jantung dengan purata usia 76 tahun.  
Amacam, sudah naik semangat?? Jom kita bersenam!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...