Followers

Thursday 25 August 2011

A Close Encounter of the Creepy Kind

Pada hari Isnin lepas Mak Aji cuti sakit kerana migraine dan gastritis, jadi tak datanglah ke ofis. Sekitar beberapa minit sebelum jam 7 pagi (waktu yang Mak Aji biasa masuk ke pejabat), anak buah di ofis melihat Mak Aji masuk bilik, siap dengan bunyi Mak Aji memutar anak kunci untuk masuk. Mak Aji pakai tudung gelap, katanya. Dia hantar sms tapi Mak Aji ketika itu tak seperti orang normal, tuning kepala banyak lari, jadi tak peduli nak membalas pun sms yang dihantar. Bila naik kerja esoknya, masing-masing bercerita tentang hal itu.  

Mak Aji beritahu bahawa dalam bilik ofis Mak Aji sekarang, ada suatu hari beberapa bulan yang lepas, Mak Aji terbau sesuatu yang cukup hanyir. Puas mencari punca tetapi tiada apapun. Semasa Mak Aji bertugas di tingkat 10 dahulu pun ada pengalaman yang lebih kurang sama. Tak semena-mena, suatu pagi Mak Aji tercium bau kapur barus (antara bahan yang digunakan semasa memandikan mayat). Mak Aji panggil anak buah ke dalam bilik, mereka mengesahkan bau tersebut. Nak kata apa, Mak Aji buat tak tahu ajelah. Bau itu pun hilang sendiri begitu aja. 

Sebenarnya bangunan pejabat ini merakamkan pelbagai jenis close encounter of the creepy kind, sejak Mak Aji muda-muda dulu lagi. Lapi pulak kalau di bangunan lama.

Ingatkan bulan puasa ni tak adalah benda-benda macam ini, tetapi sangkaan itu salah. Pendek kata, kita semua tahu yang mereka ada, cuma mereka janganlah tunjuk-tunjuk sangat diri tu pada kita. Kita dalam dunia kita, mereka dengan dunia mereka, walaupun kita berada di tempat yang sama. Kita tak kacau dia, janganlah pulak mereka kacau kita!

2 comments:

Aida Salleh said...

masih segar dalam ingatan saya hal kapur barus tu kak...huhuhuuu...
cerita sue tu pun buat saya meremang bulu roma....macam2...huhuuu

Ummu Madihah said...

tu belum lagi cerita kat wilayah, satu hr lepas solat zuhur agak lewat, rasa mengantuk, pastu kena kejut dgn bunyi shhhhh! Dia kejut sbb lupa nak doa agaknya. Mana tau kot dia jd makmum kita tak sedar??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...