Followers

Friday 19 December 2014

On Your Marks, Get Set, Bake!

As-salam.

Untuk anda peminat rancangan The Great British Bake-Off, tentu sahaja kata-kata di atas cukup biasa anda dengar! Mak Aji salah seorang peminatnya juga - yang syoknya apabila Mak Aji sendiri di dapur rmenghasilkan roti atau kek, maka fikiran Mak Aji melayang jauh dan terbayang seolah-olah Mak Aji juga salah seorang pesertanya juga! He he, layan Mak Aji layan.....

Oklah, habis cerita Mak Aji melayan angan-angan, mari kita kembali ke dapur. Semalam Mak Aji meroti lagi untuk menunaikan hajat anak buah Pak Aji yang sedang sarat mengandung yang teringin untuk merasa roti sarang tebuan. Maka merotilah Mak Aji lagi setelah berehat beberapa ketika dek sibuk kerana berulang-alik ke Shah Alam untuk majlis tahlil arwah kawan Pak Aji.

Seperti biasa, sebelum mula meroti yang pastinya persiapan awal perlu dibuat kerana Mak Aji tiada pembantu/bibik untuk disuruh membuat itu dan ini. Apabila mula menguli, maka tiadalah kerja lain yang boleh dibuat secara selang-seli. Maka inilah dia bahan persiapan awal:


A well-risen dough - kalau tiada, memang takkan meroti kita!
Bahan untuk filling dan topping.
Acuan yang diap dilenserkan dengan mentega.
Ini dia fondant mat sebagai alas kerja mencanai doh - comey kan yang pink tu!
Sedikit air untuk membenam doh yang lepas itu digelekkan
atas bijan hitam dan putih.
Dough cutter.
Digital scale.

Setelah siap kerja rounding dan shaping, maka terhasillah yang berikut:


Roti sarang tebuan yang ditaburkan pelbagai kekacang.
Ini dia doh yang dibenam dan digelek atas bijan - sila abaikan
saiznya yang tidak konsisten! Kalau masuk The Great British Bake Off 
pasti kalah punya dek saiz ni!
Yang nampak merah-merah tu ada filling dan topping menggunakan
blueberry compote
(yang dibikin sendiri)!
Ini dia tuna rolls.

Setelah siap proses membakar roti, maka berikut hasilnya:


Roti sarang tebuan yang belum disiram sos butterscotchnya.
Tuna rolls - roti yang paling laris!!



Maka sempurnalah hajat mak yong untuk makan roti sarang tebuan, alhamdulillah! Mak yong nak makan roti lagi, habaq mai no!!


Catatan: Kali ini dalam The Great British Bake Off (yang hanya dalam angan-anganku!!) Mak Aji kalah dengan sebab utamanya - inconsistency in size. Tidak mengapa, better luck next time!!



4 comments:

Acik Erna said...

Teringin betul acik nak meroti ni mak aji..tah bila la boleh buat..tah jadi ke tidak nanti.takut juga roti acik jadi jadi biskut..sebab tak pernah buat roti

Ummu Madihah said...

Salam Acik,

Jangan risau, Mak Aji pun tak pernah buat roti sebelum ni. Mula2 gi kelas buat roti, pastu join Kelab Roti kat FB, kawan blogger yang kenalkan. Ambik resepi dari fail Kelab Roti dan terus buat. Mula2 tu agak kurenglah, tapi setelah beberapa kali alhamdulillah menjadi! Sekarang tengah seronok meroti ni! Jom meroti sama!! Yang syoknya bila berjual roti dengan suami dan anak2 cukup laris, he he!!

Aida Salleh said...

Wahhhh...meriahnya kak. Kalau akak rajin buat masa keje dulu mesti dapat merasa ni :-)

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Masa kerja dulu dok sibuk dengan fail (di Hak Cipta) menimbun-nimbun mana ada masa meroti Yang ooi!! Sekarang takdelah fail, yang ada kain baju, periuk belanga, dan yang sewaktu dengannya, maka adalah juga masa meroti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...