Followers

Saturday 25 October 2014

Roti Bikin Sendiri Cicah Gulai Daging dengan Mumbang Kelapa

As-salam.

Menu malam ini memang agak ringkas - roti cicah gulai daging dengan mumbang kelapa. Walaupun ringkas, alhamdulillah rasanya cukup sedap dan mengenyangkan! Kami makan berdua sahaja - malas pula Mak Aji mahu masak kalau sekadar berdua sahaja.

Roti bantal (loaf) Mak Aji bikin sendiri menggunakan resepi daripada blog Dorina's Delight. Anda boleh semak resepinya di alamat berikut:


Berikut yang kami makan:

Roti bantal yang gebus gebasss!
Gulai daging dengan mumbang kelapa pemberian saudara yang juga jiran kami.

Berikut beberapa foto roti semasa dalam proses pembikinan:


Selesai proofing dan menunggu untuk masuk ke dalam ketuhar.
Baru keluar dari ketuhar.
Roti bantal pertama dihasilkan menggunakan resepi Dorina.
Cewah gebus gebas roti Mak Aji!!
Mak Aji cukup berpuas hati dengan roti yang dihasilkan dengan resepi ini. Mak Aji tidak menguli secara manual dan sebaliknya memohon bantuan BM untuk menguli doh sehingga elastik. Kalau Mak Aji menguli sendiri nescaya dohnya tidaklah seelastik ini! 

Terima kasih Honey dari blog Dorina's Delight kerana resepi yang cukup bagus sekali! Sekali makan sahaja sudah habis separuh bantal! Tidak sempat untuk dibuat sandwic esok. 




2 comments:

Honey said...

Salam Mak Aji,

Whoa.. menjadi rotinya kan? Alhamdulillah.. happy sebab Mak Aji sukakannya. Kalau BM ada senang Mak Aji.. bila-bila pon boleh buat. Campak aje bahan-bahannya. :)

Saya terpaksa uli guna tangan hihi.

Ummu Madihah said...

Salam Honey,

Alhamdulillah menjadi rotinya! Cukup puas hati bila rotinya naik sebegini! Mak Aji takde surface yang sesuai utk menguli. Lagipun dah tua ni tangan tak kuat menguli. Org muda macam Honey masih power menguli!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...