Followers

Wednesday 29 October 2014

Creme Brulee

As-salam.

Sudah lama Mak Aji teringin untuk menghasilkan creme brulee selepas berkali-kali memerhatikan Ina Garten menghasilkannya di TV. Yang paling Mak Aji suka, saat apabila Ina menggunakan blow torch untuk menghasilkan kerak karamel di atasnya! Apabila Pak Aji membeli blow torch untuk membakar wangian gaharu antara lainnya, Mak Aji menyimpan niat untuk menggunakannya untuk creme brulee!

Sejak malam tadi Mak Aji berniat membuatnya pada hari ini dan pada petang tadi niat itu tertunai. Mari kita lihat hasilnya:

Creme brulee yang dihasilkan.
Let's dig in! Yummylicious!!!
Mari kita lihat prosesnya:


Bahan-bahan yang diperlukan, susu segar, whipping cream, telur
serta esen vanila.
Bancuhan kastad yang siap dituang ke dalam ramekin.
Ini dia blow torch Pak Aji - pinjam jap eh!
Yang siap masak. 
Setelah ditabur gula, dibakar dengan blow torch!

Itulah dia creme brulee yang dihasilkan petang tadi. Jika anda berminat untuk mencuba berikut resepinya (sumbernya entah dari mana Mak Aji sudah lupa):

Bahan-bahannya:

200gm susu segar
200gm whipping cream
1/4 cawan gula kaster
3 biji telur dicampur dengan 2 biji telur merah sahaja
Gula untuk ditabur di atasnya

Cara-caranya:

1. Panaskan ketuhar hingga ke suhu 150 darjah Selsius. 
2. Campurkan susu segar dan whipping cream ke dalam saucepan
3. Panaskan dan kacau hingga sedikit mendidih. 
4. Sejukkan sedikit. 
5. Pukul telur dan gula tetapi jangan sampai berbuih. 
6.Tuangkan bancuhan telur ke dalam bancuhan susu tadi dan terus kacau agar tidak berketul. 7.Sediakan 4 biji ramekin yang diletakkan di dalam dulang. 
8. Masukkan ke dalam ketuhar dan tuangkan air mendidih ke dalam dulang tadi (bain marie)
9. Masak selama 35-40 minit sehingga kastad mengeras. 
10. Sejukkan.
11. Taburkan gula dan bakar permukaan dengan blow torch.

Siap untuk dihidangkan!




6 comments:

kakmonie said...

memang dah lama nak buat tapi cadang nak gril je dalam oven sbb tak dat torch. tak bahaya ke makan bahan dari torch pak aji? Lama dok fikir pasal torch sbb mcm bahan bakar direct heat dari gas - perak sikit bab ni. Tahniah kerana mencuba

Ummu Madihah said...

Salam Monie,

Kalau kat TV Ina pakai fungsi broiler, api atas, kalau tak silap. Fungsi gril boleh juga kut. Torch Pak Aji nampak sama je dengan blow torch yang mrk dok pakai kat TV tu, insya-Allah ok kut! He he, tepuk bahu sendiri!!

kakmonie said...

minah saleh pangge broiler - betoi. I kira boh dlm oven api atas je kut... kira panggang le tu he he he.

Ummu Madihah said...

Aunty i dulu bawa balik dapur dari US, dia dok pakai broiler tu untuk masak ayam percik, lebih kurang sama je hasilnya dgn yg panggang kat api arang!
Bolehlah gitu, cer try, cer try, nak tengok hasilnya!! I punya oven takde api atas bawah, xleh nak try.

nurbijen said...

Tengok cara nak buat dan bhn2 macam senang jer... Tapi bila kena guna blow torch tu, rasa macam takde harapan jer nak buat sendiri... Tapi nak cuba juga, tapi bakar dlm oven.... kita tgk apa yg jadi....

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Memang x banyak bahan dan senang je membuatnya. Mak Aji pernah tengok kat TV dia masak dlm oven sekejap je pakai fungsi broiler - oven sana ada fungsi tu kan? Sambil tu kena perhati sebab mudah hangus (kata Ina Gartenlah, Mak Aji tukang sampaikan je). Nanti demo ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...