Followers

Monday 12 August 2013

Majlis Kahwin Zhafran

As-salam.

Pagi semalam kami sekeluarga bersiap untuk bertolak ke Hutan Melintang untuk majlis kenduri kahwin Zhafran (majlis di pihak perempuan). Berikut beberapa foto sekitar majlis. Foto hanya sedikit sebab Mak Aji diminta untuk duduk di meja pengantin selaku ibu pengantin lelaki. Layan sahajalah foto berikut:

Selamat pengantin bari Zhafran dan Mida!
Bergambar dengan kawan-kawan mereka.
Mak Aji serta Pak Aji serta abang dan adik ipar (biras-biras Pak Aji) Mak Aji.
Anak-anak saudara serta kakak Mak Aji, Cik Ning.
Anak-anak saudara, adik serta menantu Mak Aji.
Pelamin bertema kuning.
Sempat lagi melawak tu!
Aleesya Nur Damia, dua pupu Aleesya.
Mak Aji sempat mendukung Damia, 'kembar 'Aleesya!
Sempat kami singgah untuk makan mentarang sebelum pulang ke rumah.

Insya-Allah akan dimuat naik lagi foto-foto lain selepas ini. Sekarang tahulah anda mengapa Mak Aji tidak pulang beraya di kampung ya! Insya-Allah Sabtu nanti kami akan mengadakan kenduri sambut menantu (kecil-kecilan sahaja) di rumah kami di Sungai Buloh.





2 comments:

Umm AA said...

salam makji..
oo gitu ceritanya..tahniah2 tuk pengantin..ingatkan yg dl tuh dah setel ..rupanya akad nikah jer dulu yer..apapun selamat menyambut menantu yer..

Ummu Madihah said...

Salam Ummuaidan,

Terima kasih. Kami buat akad nikah dulu sebab nanti nak ke hulu ke hilir nak uruskan kenduri belah sana tu senang sikit bila dah nikah. Kalau bertunang aje susah pula nak pakai chaperone, kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...