Followers

Thursday 29 August 2013

Tempoyak Segera!

As-salam.

Dua hari lepas Pak Aji balik ke sini sari kampung dengan menaiki bas. Dibawanya setong/sebekas durian yang sudah dikupas kulitnya. Pagi-pagi lagi (setelah sampai ke rumah) dimasaknya pulut untuk hidangan pulut durian. Dan pagi-pagi jugalah dimakannya pulut durian buat sarapan! Mak Aji pula bersarapan ringkas sahaja dan menunggu tengah hari untuk makan pulut durian. Menjelang tengah hari bekas berisi durian itu, cuma sekitar separuh sahaja yang masih segar dan selebihnya sudah mula menjadi tempoyak! Jadi, durian sebekas hanya tinggal separuh segar, separuh tempoyak! 

Jadi, kalau anda pulang ke kampung (yang kampungnya Kajang lupakanlah sahaja ya!) dan inginkan tempoyak segera, buatlah seperti yang Pak Aji buat, perap isi durian dalam bas (sepanjang perjalanan dari KB ke KL), insya-Allah sesampai ke KL separuhnya sudah sedia menjadi tempoyak tanpa anda berbuat apa-apapun! 

Oh ya, begitu jugalah dengan tapai beras - arwah ibu Mak Aji biasa bikin tapai dengan kaedah yang lebih kurang sama! Tapai siap berbungkus (daun pisang, mana ada yang dibubuh dalam bekas plastik seperti sekarang) sebelum bertolak ke KL dari Pasir Puteh (bandar tempat Mak Aji dibesarkan). Isikan semuanya dalam bekas (periuk ketika itu) lantas dibungkus lagi dengan kain batik. Letak di but (bukan bonet ya! Sakit sahaja telinga Mak Aji bila orang sebut bonet! Di bonet ada enjinlah! Kecualilah kalau volkswagen!) kereta. Insya-Allah bila sudah tiba di KL, tapai sudah siap sedia untuk dimakan!!

Pulut durian
Sumber fotonatdrah.blogspot.com
Tapai pult yang dibungkus dengan daun pisang.
Sumber fotohttp://pokdikretro.blogspot.com/
Tapai pulut yang dibungkus dengan daun getah.
Sumber fotonaeltrg.blogspot.com
Apapun setelah semalam makan pulut durian dengan beberapa (banyak jugalah!) ulas durian yang memang super duper sedapnya (hantu durianlah katakan!), hendak bangun pagi ini untuk solat Subuh sahaja, badan terasa cukup berat. Usai solat sahaja, kena rehat dahulu, sakit uratlah, sudah masuk anginlah agaknya, penangan makan pulut! Kepala juga berat, pun penangan durian! Puaskan tenggorokan punya pasal, badan merana!





2 comments:

QA's ~ mamapapa said...

uhuhuhuh!!!mak aji...trkenang sy kisah diri sndir yg mngidam nk mkn pulut durian...dpt je trus dh tak boleh nk pndg durian lg,hukhukhuk!!!

Ummu Madihah said...

Salam QA,

He he, macam2 ragam org mengidam ni ya! Nasib baik sempat makan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...