Followers

Saturday 31 August 2013

Air Oh Air!

As-salam.

Sejak malam tadi rumah kami mengalami masalah bekalan air. Menjelang petang ini, air tangki sudah hampir habis, sudah menitik keluarnya! Dengar khabar masalah ini akan berlanjutan selama kurang lebih seminggu! Mahu sahaja Mak Aji lari ke rumah Along di Skudai selama beberapa hari. Apakan daya esok ada jemputan kenduri kahwin kawan baik Madihah. Mak Aji insya-Allah mesti hadir sebab Madihah pastinya tidak mampu hadir. Hari Isnin pula menantu Mak Aji mula naik kerja selepas cuti bersalin selama 2 bulan. Jadi, Mak Ajilah inang pengasuh si Aleesya tu! 

Petang tadi alhamdulillah hujan turun dengan lebatnya. Apa lagi, Mak Aji minta anak bujang keluarkan tong air yang besar untuk ditadah air hujan, sekurang-kurangnya untuk cuci mencuci apa-apa yang patut. Air dari water dispenser sudah hampir habis. Alamat kenalah keluar membeli air minerallah jawabnya untuk air minuman! 

Operasi menadah air hujan untuk bekalan kami.

Entah berapa lama lagilah begini keadaannya?! Kalau diikutkan hati mahu sahaja Mak Aji melancong ke Paris, he he!! Di sana tentunya tiada masalah air, kan!!



2 comments:

QA's ~ mamapapa said...

mak aji...masalah air ni gara2 sumber air trcemar ngan minyak hari tukan?nasib baik kebetulan waktu ni saya and family di trggnu..hadir kenduri khwin adik ipar :) klu tak mau sy mnangis hari2..dlm keadaan badan yg sgt2 lemah ni...:(((

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Nasib baiklah awak terlepas, apalagi dengan diri yg x sihat ya! Beberapa hari tu mandi pun alahai mengalahkan kerbau, sebab takut air tangki sempat habis, janji lalu air aje, jangan tidak. Nasib baik tak sempat dry-clean!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...