Followers

Monday 20 May 2013

Layan Ketupat Sotong

As-salam.

Anak kedua Mak Aji, Boy ada memaparkan foto ketupat sotong yang dimakannya di rumah kawannya. Adika kawannya yang masak. Boy memang agak lebih ke-Kelantan-annya berbanding anak-anak Mak Aji yang lain. Mungkin sebab dia tinggal di Kelantan lebih lama berbanding yang lain-lainnya (menumpang di rumah kakaK Mak Aji kerana akan menghadapi SPM tidak lama selepas klami sekeluarga berpindah balik ke KL. Dialah terlebih hantu ayam percik dan ketupat sotong berbanding yang lain. Kasihan si Boy terpaksa ke rumah kawan untuk menikmati ketupat sotong! 

Ekoran itu, untuk memastikan bukan sahaja Boy puas makan, kami yang lain juga (yang sudah memang lama tidak menikmatinya), maka Pak Aji belilah sotong segar. Bahan-bahan lain sudah sedia ada di rumah. Inilah hasilnya:

Ketupat sotong kegemaran kami! 

7 comments:

- dieyana - said...

oloh kak, kegemaran saya juga tu...he3....

- dieyana - said...

oloh kak, kegemaran saya juga tu...he3....

Ummu Madihah said...

Salam Dieyana,

Akak nak gi ke Restoran Anis kat Pantai Dalam tu malas nak redah jam ke KL. Kenalah buat sendiri! Pun dah lama sangat x buat, dah x ingat bila last buat!

Kamsiah yusoff said...

saya pun dah berkurun tak makan tupat sutun ni...tak berbaloi nak buat sbb saya sorg ja yg makan...
org kedah tgk,pelikkkkk...sbb sutun manis hehe..

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Alahai kesian dia, dah orang keliling semua org Kedah, nak buat macam mana! Kalau gitu nampak gaya kena buatlah dua tiga ekor sebab yang jual pastinya tiada. Kalau kat KL ni bazar ramadan adalah jugak. Mak Aji biasa beli je 2 ekor, masa budak2 ni x pandai makan. Pak Aji pun x suka sangat - demi menghilangkan gian.

Aida Salleh said...

Saya pun tak pernah makan kak....selalu tengok gambar teringin nak rasa tapi dah orang selalu cakap manislah tu yg tak jadi...huhuhuuu...

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Memang ketupat sotong manis tapi somehow sedap walau manis. Akak punya version xlah semanis yg beli punya, disesuaikan ikut selera kita yg agak kurang manis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...