Followers

Monday 27 May 2013

Ada Jaws Tak Umi??

As-salam.

Beberapa minggu lepas anak sulung Mak Aji, Along sekeluarga ke Pulau Tioman untuk bercuti. Kedua-dua cucu Mak Aji, Naufal dan Imran cukup seronok dengan percutian tersebut. Antara aktiviti yang dilakukan, snorkeling. Naufal yang mula-mulanya takut untuk turun dari bot terus hilang takutnya apabila dapat merasai betapa seronoknya berada di dalam air sambil memerhati ikan yang banyak pelbagai warna. 

Kata Along, semasa mereka berada di dalam air Naufal bertanya, "Ada jaws tak umi?" Serba-salah dibuatnya sambil memerhati sekelilingnya (manalah tahu tiba-tiba jaws betul-betul muncul di hadapan mata!! Ketawa besar kami apabila Along bercerita tentang hal itu! Berikut Mak Aji sertakan video yang dirakam oleh Along dengan i-Phonenya:



Agak kelakar apabila si Naufal berenang umpama mengayuh basikal!


5 comments:

Aida Salleh said...

heheheee...tapi kan kak, saya pun until now takut dengan aktiviti laut ni...takut jaws...heheheheee

Kamsiah yusoff said...

Tioman..antara pulau yg tercantik..kan...tp saya sendiri takut bersnorkeling hehe

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Oh takut ya! Akak pun takut gak, he he! Akak takut lemas sebenarnya sebab ada pengalaman hampir tenggelam semasa budak2 dulu.

Salam Kam,

Mak Aji pun takut jugak tetapi pernah juga cuba tapi kat Pangkor dulu semasa kursus. Yang x best kaki luka kena batu karang.

QA's ~ mamapapa said...

negeheheh!!ni mesti gara2 byk tgk cerita jaws :))

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Itulah pasal, kesian pulak jaws yang tak pasal2 dapat reputasi yang x baik, he he!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...