Followers

Saturday 9 February 2013

Aiseh Man!!

As-salam.

Pada  malam tadi sebelum tidur, Mak Aji membuka aplikasi Waze di telefon bimbit dengan tujuan mencari jalan mengarah ke Teluk Intan sebab insya-Allah itulah tujuan kami pada hari Isnin ini. Niat kami, untuk menghantar rombongan meminang untuk anak ketiga Mak Aji, Zhafran. Insya-Allah persiapan sudah hampir selesai dan akan siap insya-Allah esok.

Dalam tercari-cari jalan ada seorang Wazer (pengguna aplikasi ini juga) yang kebetulan berada di sekitar kawasan rumah Mak Aji ada menegur (bila kita masuk, kita akan kelihatan pada telefon bimbit Wazer lain, kecuali jika kita tidak benarkan kehadiran kita  kelihatan), dan bertanyakan sama ada jalan sesak atau tidak. Mak Aji jawab yang Mak Aji tidak tahu sebab sebenarnya berada di rumah bukan di kereta. Setelah berchatting seminit dua, selepas itu ditanyanya - "married?" Punyalah terkejut badak dibuatnya, elok saja tanya pasal jalan sesak atau tidak, kita ucapkanlah selamat raya Cina dan semoga selamat dalam perjalanan, alih-alih ditanya dah kahwin? Mak ai, apa lagi Mak Aji punya terkejut lalu tutup terus aplikasi!!

Hendak tergelak pun ada juga. Rupa-rupanya ruang seperti ini boleh juga digunakan untuk memancing di darat ya?? Alahai dunia maya ini, orang sebelah sana tidak tahu yang orang yang sebelah sini berstatus nenek!! Kesian ya!

Bagi anda yang belum pernah menggunakan aplikasi ini mari Mak Aji tunjukkan sedikit foto tentangnya:

Pertamanya kita perlu muat naik aplikasi percuma ini.
Begini rupa aplikasi ini.


Boleh bantu kita kesan polis, kecelakaan, jalan sesak dsbnya!!

Begini rupa contoh peta laluan kita.

Sebelum ini Mak Aji menggunakan aplikasi Garmin yang dibeli dan dimuat naik ke telefon bimbit. Bila bertukar telefon, terpaksalah dicari aplikasi lain. Ada anak buah mencadangkan aplikasi ini (perlu ada talian internet). Mak Aji juga ada memuat naik Navitotal, satu lagi aplikasi untuk tujuan yang sama yang tidak memerlukan talian internet. 

Berbalik ke Waze, setakat ini Mak Aji rasa agak puas hatilah juga sebab kita boleh dengan mudah mengesan kehadiran polis (perangkap laju!), adanya kesesakan lalu lintas, ada kecelakaan jalan raya dan sebagainya! Yang bagusnya tentunya sebab aplikasi ini percuma. Jadi, bagi mereka yang belum ada, usah beli alat GPS, muat naik sahaja Waze!

 

3 comments:

Kamsiah yusoff said...

hehe mak aji...kalau cakap single mesti org tu dah tackle mak aji..

AsiahRSC said...

wah ,.. laju jer nak bermenantu ni!!!

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Itulah pasal, jadilah mamat tertipu, he he!!

Salam Siah,

Haih, nak buat camner, org tu yg suruh masuk meminang, kita pergi ajelah! Sebenarnya abah dia tau je dia ada girlfriend, dia suruh kahwin jer, x payah tunggu lama2! Biar dia kelamkabut simpan duit nak kahwin anak dara org, he he!! Jenuhlah i dok membilang cucu pasni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...