Followers

Monday 10 November 2014

Rakan Meroti (mainan baru)

As-salam.

Mak Aji mengalami gangguan talian Streamyx dan juga telefon selama beberapa hari. Jadi, Mak Aji terpaksa  'mengeram' tanpa membuat apa-apa entri di sini - foto semuanya sudah dipindahkan ke PC, jadi walaupun boleh membuat entri melalui i-Pad, fotonya pula tiada!? Alhamdulillah barulah pulih sebentar tadi. 

Ingin Mak Aji kongsikan rakan-rakan baru Mak Aji yang sama-sama memberi sumbangan dalam kerja meroti:

Penimbang elektronik cap ayam!
Pembahagi doh.

Semasa Mak Aji membayar barang-barang di kedai bakeri, Mak Aji bertanyakan tentang alat penimbang elektronik dan Mak Aji diberitahu mereka ada tawaran harga untuknya. Apabila ditanyakan, harganya diturunkan ke RM35 dan Mak Aji beli sahajalah walaupun hanya cap ayam! Kalau jenama Takada mahu harganya sekitar RM100 - tunggu kaya dahululah!

Satu lagi barangnya ialah pembahagi doh yang harganya sekitar RM2/3 sahaja tetapi memang amat berguna sekali walau harganya cukup murah. Alat ini amat penting untuk memudahkan kerja memotong doh agar sama berat, terutama untuk menghasilkan ban yang sama besar! Kalau anda belum ada, elok belilah. Kalau dompet tebal, belilah cap buaya, tetapi kalau dompet kempis macam Mak Aji, cap ayam sudah cukuplah!

Sekian adanya.


Catatan: Bila nak kaya ni, nak beli penimbang cap buaya pulak, he he!!

4 comments:

Shila Muin said...

ok tu mak Aji ada jugak chap ayam. saya chap anak ayam pun tak ada..camane???

Ummu Madihah said...

Salam Shila,

He he, sakit perut Mak Aji gelak!! Cemana eh?? Kena beli cap Takada teruslah, tak payah susah2 cari cap ayam ke, anak ayam ke, cuma kena seluk kocek dalam2 sikitlah Yang!!

kakmonie said...

Kalau jumpa penimbang cap ayam tu tlg beli satu - selalu jumpa harga memang tak sampai seratus tapi Rm99.90 he he he. Cantik roti Mak Aji

Ummu Madihah said...

Salam Monie,

Alahai Monie, bukan setakat penimbang ni, oven pun ada kat kedai ni! Kedai mainan mak2lah katakan! Kalau masuk situ tak nak balik! Kalau ada peluang u datang sini ngan Sepawan ke, boleh kita sama2 outing ke kedai tu, boleh pilih apa nak, jangan lupa bawa duit kertas atau plastik!! He he, alhamdulillah roti makin cantik dah bila makin banyak practise ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...