Followers

Tuesday 4 November 2014

Me'roti' Melatih Sabar dalam Diri

As-salam.

Walau kami hanya bertiga di rumah ini, dek mahukan berlatih membikin roti sendiri, Mak Aji gagahkan juga meroti. Pelbagai cara dan resepi dicuba untuk mendapatkan resepi yang benar-benar sesuai dengan kehendak dan selera Mak Aji. 

Mak Aji juga sebenarnya cuba untuk memanfaatkan GR Superbake yang dibeli tempoh hari daripada Golden Republic. GR Superbake sebenarnya membolehkan kita meniadakan 5 bahan dalam adunan kita, iaitu, bread softener, bread improver, baking powder, telur dan water roux. Untuk setiap 1000gm tepung, anda perlu menggunakan sebanyak 10gm GR Superbake.

Biasanya Mak Aji cuba membuat adunan 500gm sahaja, jadi hanya 5gm sahaja yang diperlukan jenuh jugalah Mak Aji nak menghabiskan satu pek 500gm GR Superbake ini!

Mak Aji bermula sekitar jam 10.00 pagi untuk menyediakan bahan serta mula menguli (pakai BM sahaja) Mari kita lihat apa yang Mak Aji hasilkan pada hari ini:

Di kiri roti keju dan di kanan roti sarang tebuan (yang belum dicurah sos butterscotchnya).
Setelah proofing, sebelum masuk "sauna"!
Juga selepas proofing sebelum dibakar.
Siap!


Alhamdulillah gebu rotinya!
Roti keju yang sedap!

Mungkin orang lain tidak menunggu lama untuk roti siap masak, namun Mak Aji menunggu agak lama juga sebab sekitar jam 2 barulah kedua-dua jenis roti siap untuk dihidangkan - siap untuk minum petang ini! 

Mak Aji mencuba menguli sebanyak 3 pusingan dan bukannya 2 pusingan seperti yang disebut dalam resepi. Sebelum ini Mak Aji cuma buat 2 pusingan dan rotinya kurang kembang - rasanya sebab tidak cukup masa semasa proofing (kurang sabar!). Pada hari ini Mak Aji berlatih bersabar lebih dengan membuat 3 pusingan dan membiarkan proofing lebih lama. Insya-Allah lama kelamaan sifat sabar akan menjadi sifat semulajadi, he he!! Bagus juga meroti ni, kan!!




8 comments:

Umm AA said...

salam makji,
wah jeles tengok makji rajin meroti nie..bgslah menggunakan sepenuhnya tenaga BM tuh kan..roti sarang tebuan tuh nmpknyammg meneliurkanlah makji..hehehe

Unknown said...

As salam Mak Aji...
wah semakin cantik roti mak aji... bila ari tu mak aji buat roti sarang tebuan terliur pula saya... terus buat...heheheh

Kamsiah yusoff said...

cantik menjadi...gebu...minum pulak teh o panas2..perghhh...

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

Orang muda bolehlah guna tenaga tulang empat kerat, Mak Aji nak buat shaping untuk doh kurang 20 biji pun berasa longgar bahu, apalagi nak menguli, he he! - the spirit is strong but alas the flesh is weak! Nasib baiklah ada BM untuk membantu orang tua ni!

Ummu Madihah said...

Salam Suraya,

Alhamdulillah, banyak trial n error Mak Aji ni, maklumlah dah tua gini baru nak belajar meroti, he he! Orang lain muda2 lagi dah mencuba jadi cepatlah jadi pakar! Moga terus memberi semangat meroti kepada Suraya dan yang lainnya juga! :)

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Alhamdulillah dah semakin gebu rotinya. Memang betul tu, buat dengan teh-O panas!

nurbijen said...

Salam Mak Aji...
Agaknya sampai ke hari ni roti saya tak menjadi sebab tak cukup satu bahan yg berharga - SABAR!
Memang orang jenis tak berapa sabar ni tak boleh nak meroti.... Nampak doh cair sikit, terus ditambahnya tepung..... Hahaha, mau roti tak keras kejung... Tu tak termasuk skip proses proofing...
Terliur tgk roti sarang tebuan Mak Aji yg gebu gebas tu... Bila la nak meroti ni.... Bak sikit semangat dan sabar Mak aji tu....

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

He he, SABAR pada org tua pada Mak Aji ni ada lebih sikitlah kut berbanding org muda! Kalau skip proofing alamat roti tak sempat cukup kembang, nanti kurang gebus pulak. Nanti Mak Aji pos ye SABAR tu, pakai Poslaju boleh, he he!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...