As-salam.
Menantu Mak Aji menyebut chocolate lava setiap kali melihat ramekin yang Mak Aji beli tempoh hari (belum digunakan ketika itu). Setelah digunakan untuk membakar kek cawan pada hari minggu lepas hari ini merupakan kali kedua Mak Aji mengunakannya. Cuba lihat apa yang dihasilkan:
Siap keluar dari ketuhar. |
Aiskrim perisa vanila tiada, perisa jagung pun jadilah, sedap juga! |
Meleleh lavanya! |
Alhamdulillah sedap rasanya! Kalau anda mahu cuba, berikut pautan resepinya:
Mak Aji cuma ubah sedikit resepinya dengan mengurangkan gula agar menjadi kurang manis, sesuai dengan usia!
No comments:
Post a Comment