Followers

Saturday 8 June 2013

Hantaran semasa Majlis Akad Nikah Zhafran

As-salam.

Adik Mak Aji dari Berdua Bridal telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan hantaran bagi pihak kami. Dalam kesuntukan masa (bertugas sebagai guru secara sepenuh masa!) berikut hantaran hasil kerja tangannya. Terima kasih banyak-banyak Ya!  

Berikut foto hantaran daripada pihak kami kepada mereka:

Telekung
Tas tangan
Telefon bimbit
Set wangian
Kasut
Kek lapis Cadbury (diterbangkan khas dari Sarawak) sumbangan Cik Ning.
Buah-buahan
Mas kahwin serta hantaran.
Berikut pula foto hantaran daripada pihak perempuan:

Buah-buahan
Kasut
Set wangian
Kemeja
Kek red velvet.
Sirih junjung
Jam tangan
Dua mangkuk coklat pelbagai jenis dan rupa - sila rujuk foto di bawah untuk
melihat versi yang berisi!!
Senaskhah al-Quran
Nampak tidak mangkuk coklat itu? Ini versi yang belum dibawa pulang.
Sebahagian lagi hantaran termasuk kek red velvet yang kelihatan.

Semoga foto hantaran boleh memberi idea untuk anda yang berminat tentang hal ini!


8 comments:

Unknown said...

cantik swiit n simple..

Ummu Madihah said...

Salam Zila,

Terima kasih.

QA's ~ mamapapa said...

cantik2 & menggiurkan semua hantaran tu mak aji..tetiba terasa nak makan coklat & anggur,ehehehe!!!nak kena pegi beli black forest coklatla,eheheh!!

Anonymous said...

Salam Mah,manis gubahan yang simple tu..dok intai intai..bra takder ker?hahaha..teringat hantaran kat rumah Ibu Dewi,

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Sori ya, kali ni bra yillek, agaknya sekali seumur hidup je jumpa yg macam kat rumah Ibu Dewi tu, he he!!

Bunda_nora said...

assalam,

maaf nak tanya sikit...KN ni belum lg ada menantu, nak tanya yg hantaran sirih junjung tu selalunya belah lelaki ke belah perempuan yg anta? confius sbb org dulu2 ada tepak sirih..sekarang dah jrg nmpak..masa bile nk bwk tepak tu...masa merisik, bertunang atau bernikah..

terima kasih, saje je nk tya..

Sue Abd Aziz said...

Mak Aji, cantik sangat hantaran. Warna pun lembut je, ringkas tapi sangat sweet... macam mempelai...

Ummu Madihah said...

Salam BUNDA a.k.a. KN,

Mak Aji walaupun dah ada 3 menantu tapi bab2 ni kuranglah mahir sangat. Setakat pengalaman Mak Aji, merisik, bertunang dan bernikah semuanya ada sirih dari kedua2 pihak. Kami x pakai tepak pun pakai sirih junjung saja.

Salam Sue,

Lamo dok jupe!! Rindulah pulok! Dok napok dari jauh2 dalam FB je. TQ Sue! Hari2 Jumaat tengah hari takdok kijo maghilah outing ke Sg. Buloh, kita lunch, ajak sekali Kak Monie!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...