Followers

Saturday, 27 August 2011

Kemalangan

Subuh tadi Mak Aji terima panggilan mencemaskan drp Kak Long, yang adik kami di Bt. Gajah kemalangan motorsikal semasa dalam perjalanan dari Bt. Gajah ke Kota Bharu. Dia menaiki superbikenya dan kemalangan sendirian. Alhamdulillah seorang good samaritan terlihat sebuah motor di tepi jalan tanpa penunggang, lalu meninjau dan terlihat adik yang pengsan di longkang. Beliau membawa adik ke hosp. Grik dan oleh kerana tiada pakar tulang belakang di situ, maka adik di bawa ke hospital Taiping. Sekarang doktor dah tebuk sebelah kanan dada dan akan tebuk sebelah kiri untuk menangani perdarahan pada paru-paru. Kaki tangannya kebas tetapi belum boleh bergerak. Dia sedar dan boleh bercakap. Insya-Allah esok akan dilakukan pembedahan pada dada dan selang sehari pada tulang belakangnya. Mohon semua mendoakan dia agar selamat, cepat sembuh seperti sedia kala.

To the good samaritan who helped him, only Allah can repay you!! Jazakkallahu khairan kathira!! To my dear brother and very dear wife, I wish that both of you can brave through this experience together. Seluruh keluarga dan saudara-mara serta rakan dan kenalan mendoakan agar adik selamat dan akan pulih seperti sedia kala. Our prayers are with you!! 

Friday, 26 August 2011

Sekadar Peringatan Untuk Kita Semua

Pernah tak lihat perempuan solat tanpa menutup aurat? Cuba lihat gambar ini:
Mudahnya dia solat, main gitu-gitu aje!

Ni ada sedikit maklumat tentang aurat wanita yang kadang-kadang kita lupa - sekadar nak mengingatkan semula.

13 Aurat wanita yang perlu sangat di jaga.

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim./Yeny

Thursday, 25 August 2011

Cemburu dan Bidadari

Sambil mencari petua untuk melegakan gastrik, Mak Aji terjumpa artikel ini. Rugi kalau tak baca!

CEMBURU DAN BIDADARI
“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada
bidadari?”
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah),
sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz
Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa
yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak
nak luahkan perasaan tu.
Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari
syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang
paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan
‘bidadari’, aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.
Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa
suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap
kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah
tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada
menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang
membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita
menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup,
majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang
masih lemah imannya..”
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang
bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham
pun bila mendengar atau membaca Qur’an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan
bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan
seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang
penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli
syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang
masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan
bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si
datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita
ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari.
Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan
mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat
bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika
bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan
bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam
gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami
takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus
kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di
langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik
sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak
dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh
mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari
yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami
anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di
mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah
Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak
halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah
berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu
mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang
berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia
mereka”.
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan.
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa
merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat
sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan
HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang
sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys
only. ;-j
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani
bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni
syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh
hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus,
dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka
alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang
wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith
yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak
memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau
dahaga..”. (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa
minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan
mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua!
Biar kami pula ambil alih!” …mungkin itu yang mereka kata.
“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!”
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah,
ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu
diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi
keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan
perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka
warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan,
niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah
dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada
ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi
yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang
diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda
tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak
’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan
terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta
aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik
pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta
kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah
saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh
didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian
Wanita.
“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca
artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
“Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah,
sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi,
dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang
terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi
mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat
yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada
yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada
sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak
antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit
dan bumi.”
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu
isra’ dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia
yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada
mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga
setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi
sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil,
tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat
mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun
kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah
bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua,
barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang
kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat
perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita
lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas
dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah
bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih
mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli
syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu,
pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda
akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada
berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal
dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping
la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh
bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira
dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka
berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan
dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga
akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun
belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik
kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat,
mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk
melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap
minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan,
kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping
dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan
sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)
..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai
syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak
‘berehat di rumah’ saja.. ;-j
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan
tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego
dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
Qaalu salaaman-salaama~
Lelaki dan wanita saudaraku sekelian.. MARILAH MENUJU KEJAYAAN !!!

sumber: http://www.petua.org/?p=298#comment-7129

A Close Encounter of the Creepy Kind

Pada hari Isnin lepas Mak Aji cuti sakit kerana migraine dan gastritis, jadi tak datanglah ke ofis. Sekitar beberapa minit sebelum jam 7 pagi (waktu yang Mak Aji biasa masuk ke pejabat), anak buah di ofis melihat Mak Aji masuk bilik, siap dengan bunyi Mak Aji memutar anak kunci untuk masuk. Mak Aji pakai tudung gelap, katanya. Dia hantar sms tapi Mak Aji ketika itu tak seperti orang normal, tuning kepala banyak lari, jadi tak peduli nak membalas pun sms yang dihantar. Bila naik kerja esoknya, masing-masing bercerita tentang hal itu.  

Mak Aji beritahu bahawa dalam bilik ofis Mak Aji sekarang, ada suatu hari beberapa bulan yang lepas, Mak Aji terbau sesuatu yang cukup hanyir. Puas mencari punca tetapi tiada apapun. Semasa Mak Aji bertugas di tingkat 10 dahulu pun ada pengalaman yang lebih kurang sama. Tak semena-mena, suatu pagi Mak Aji tercium bau kapur barus (antara bahan yang digunakan semasa memandikan mayat). Mak Aji panggil anak buah ke dalam bilik, mereka mengesahkan bau tersebut. Nak kata apa, Mak Aji buat tak tahu ajelah. Bau itu pun hilang sendiri begitu aja. 

Sebenarnya bangunan pejabat ini merakamkan pelbagai jenis close encounter of the creepy kind, sejak Mak Aji muda-muda dulu lagi. Lapi pulak kalau di bangunan lama.

Ingatkan bulan puasa ni tak adalah benda-benda macam ini, tetapi sangkaan itu salah. Pendek kata, kita semua tahu yang mereka ada, cuma mereka janganlah tunjuk-tunjuk sangat diri tu pada kita. Kita dalam dunia kita, mereka dengan dunia mereka, walaupun kita berada di tempat yang sama. Kita tak kacau dia, janganlah pulak mereka kacau kita!

Queen for A Day Twice!

Last Monday I had another bout of migraine coupled with gastritis. Seems to me that all that pill-popping over the years has taken a toll on my body. Wanting to hold on tight to my fasting, I succumbed to an injection on the rump. Just after the medicine started to work it's magic, I drove home to a dark bedroom to have a complete rest. I was waited on by my daughter. She did the cooking for iftar - very modest - fried instant mee with an egg, sunny side up. 

All in all, it has been a long time since I get this sort-of-like VIP treatmet. Well, it was a well-deserved break!   

Yesterday I was queen for another day as I was forced to sit on the 'throne' for a total number of 10 times from morning till before iftar! That was to answer the call of nature! Throughout it all I wondered  how the human body could possibly contain so much gas! - wallahualam. By midnight alhamdulillah my stomach finally settled, ready for another day of fasting. Hope it won't bother me again today, insya-Allah!   

Ketupat Sotong

Hari minggu lepas anak-anak bujang Mak Aji balik berbuka di rumah. Anak kedua, F nak makan dalca dan perut lembu. Walaupun kedua-duanya tak ngam untuk dimakan sekali, dek kerana mereka tak sempat nak makan, terpaksalah makan sekali. Anak ketiga, Z bawa balik ketupat sotong seekor (sebab orang lain tak reti makan), ingat dia yang maknya suka. Adalah harga RM7 seekor agaknya!  I enjoyed every bit of it, cuma kemasinan sedikit. Apapun alhamdulillah! 



Tak sabar nak makan buah tanjung dan jala mas. Tak sempurna puasa kalau tak makan kedua-duanya!!

Wednesday, 24 August 2011

Anjing Boleh Kesan Kanser

Mak Aji terbaca tentang anjing yang boleh dilatih untuk mengesan kanser. Boleh dibaca lanjut melalui pautan ini!:

http://cholesterol.mercola.com/sites/vitalvotes/archive/2011/08/19/dogs-can-smell-cancer-on-your-breath.aspx


Mereka yang bela anjing bolehlah cuba (ini termasuklah mereka yang tak sepatutnya bela tapi bela juga!). Kalau nak bela sekadar nak kesan kanser sahaja, kita kenalah gunakan kaedah lain.

Haiwan Pelbagai Guna

Kalau pokok kelapa dikatakan sebagai pokok pelbagai guna, bagaimana pula dengan haiwan? Sambil jalan-jalan di alam maya, Mak Aji terjumpa artikel ini yang agak rinci tentang perkara di atas. Sila baca sendiri agar terkejut seperti Mak Aji juga!


Dah baca? Susah juga nak lari daripada kerbau pendek ni ya, rasa macam kita kena kejar walau ke mana kita pergi. Jadi, kalau kita nak mengelaknya, kenalah lebih berhati-hati bukan sahaja tentang apa yang dimakan, di mana kita makan, apa yang kita pakai (baju, kasut,   ) .... The list goes on and on, like there's no end to it!! Jangan dok makan sangat makanan yang diimport, juga barangannya  - go local, buy Malaysian! Inilah masanya kita patriotik sikit. Kalau barang tempatan pula, cuba cari buatan orang kita, orang Islam. Kalau terkena juga, agaknya kita akan terlepas daripada disoal banyak nanti (Yaumul qiamah), sebab kita dah ikhtiar, wallahualam!  

Friday, 19 August 2011

Antioksidan yang Boleh Membantu Menjana Semula Jantung yang Rosak

"Para saintis telah menemukan satu lagi ciri positif bagi resveratrol, sejenis kompaun kimia yang terdapat dalam tumbuhan seperti anggur, bluberi dan kranberi. Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular and Molecular Medicine, para saintis melaporkan bahawa sel stem jantung yang dirawat menggunakan resveratrol pada tikus telah membantu fungsi jantung dan ia bertahan selama beberapa bulan serta telah meningkatkan penjanaan semula sel jantung.  regeneration."

Mak Aji pernah berjumpa seorang pak cik yang memberi rawatan tradisional dan beliau ada memberi petua: Jika ada masalah jantung (kolesterol tinggi, jantung tersumbat dll), pantang makan buah salak, anggur dan nangka. Ada percanggahan pula di sini. Apapun terpulanglah kepada diri masing-masing untuk membuat pilihan.

Thursday, 18 August 2011

Dr. Spock, Dr. Mercola

Masa zaman muda-muda dulu Mak Aji kahwin agak awal, habis saja ujian akhir pada tahun akhir, Mak Aji kahwin. Selepas dapat kerja mulalah berkeluarga. Mana ada hadir kursus keibubapaan atau jenis yang sewaktu dengannya. Maka dengan agak blurr, Mak Aji belajar sendiri cara nak jaga anak. Zaman tu mana ada internet, boleh search aje apa benda yang tak tahu. Akhirnya Mak Aji beli buku yang agak ringkas, jenis how-to atau idiot's guide to ... Mak Aji beli buku karangan Dr. Benjamin Spock. Anak demam, 'tanya' Dr. Spock, begitu juga bila anak kembung perut, dll. Mak Aji selalu sebut, "Dr. Spock kata kalau anak....., kena buat begini.... Itu zaman muda. Sekarang bila dah tak berapa muda, soal kesihatan pula yang dirujuk, terutama bila penyakit mula menyinggah. Jadi sekarang 'tanya' Dr. Mercola pula. Tak perlu rujuk buku, search  saja. Pak Aji selalu kenakan Mak Aji, "Dulu Dr. Spock, Dr. Spock, sekarang Dr. Mercola pulak." Mak Aji mengaku banyak perkara yang tak tahu, jadi kita yang tak tahu, tanyalah pada orang yang tahu, barulah kita tahu! Nabi kita pun sebut macam tu! Tak ada salahnya kita baca, bukannya semua info yang kita dapat diamalkan. Yang baik, sesuai dengan kita boleh diamalkan, yang tak sesuai tak payah. Sama macam internet juga, dalam segala macam maklumat yang ada, tak semuanya baik, maka kita perlu ada kaedah kita sendiri untuk tapis apa maklumat yang baik, yang perlu dan yang bermanfaat untuk kita.

Forum Ramadan

Pagi ini Mak Aji sungguh bertuah kerana dapat hadir acara Forum Ramadan yang tokoh jemputannya Sheikh Nuruddin al-Banjari al-Makki, seorang ulama ternama dari Banjarmasin. Mak Aji sudah beberapa hadir ke kelas beliau di Masjid a-Falah, USJ Subang Jaya. Memang sentiasa ramai jemaah hadir. Bertuah rakan-rakan dari tempat kerja Mak Aji yang berpeluang hadir acara ini. Begitu banyak perkara berkaitan puasa yang dikupas dan ada yang menusuk jiwa, terutama doa di akhir acara. Semoga pihak ofis berpeluang menjemput beliau lagi pada masa-masa hadapan.


Wednesday, 17 August 2011

Buah Tanjung Jala Mas

Anak-anak menghitung hari untuk balik kampung. Mak Aji belum pasti lagi bila nak bertolak balik. Dengar khabar minggu ini minggu terakhir persekolahan dan bermula minggu hadapan budak-budak sekolah sudah bercuti. Harap-harap mereka yang ada anak sekolah mulalah balik kampung awal, iaitu hujung minggu ini. Tinggallah kami yang cuti tak seberapa hari ni balik hujung minggu hadapan. Kalau semua menyerbu balik kampung pada hujung minggu hadapan, alamat sesaklah jalan. Mak Aji dah rasa macam nak sesak dada memikirkan kesesakan yang bakal berlaku nanti! Sudahlah perjalanan ke Kelantan jauh, kalau ditambah dengan jalan sesak, rasa serik nak balik! Mak Aji pernah tempuh 17 jam perjalanan dari Kota Bharu ke KL beberapa tahun lepas! Tak nak taubat aje!

Walau apapun yang bakal ditempuh, insya-Allah balik tetap balik. Mak Aji dah yatim piatu, mak ayah dah tiada, yang ada adik-beradik dan saudara mara sahaja. Kak Long dan suami pengganti mak ayah dan kami balik beraya di rumahnya.

Mak Aji dok teringat-ingat kuih yang lazim dimakan semasa berbuka selain kurma. Yang terbayang-bayang semenjak dua tiga ni, buah tanjung dan jala mas. Rasa macam tak sempurna puasa kalau tak merasa kedua-duanya. Rasanya sungguh lazat. Mak Aji memang makan minum kurang manis tapi kalau kuih ni walaupun memang manis (yang amat), Mak Aji tetap suka! Terbayang-bayang kuih ni terjual di bazar ramadan di Kubang Kerian, tempat Mak Aji biasa beli! 


Selain itu, Mak Aji juga teringin nak makan kerabu sarae (Jusoh kat opis, asal nampak muka Mak Aji aja di bulan puasa, minta belikannya untuk dia - dulu pernah ada di Subang Perdana Mak Aji belikan dia!). Gambarnya di bawah:
Tak lupa juga ayam percik Kubang Kerian. Yang paling seronok makanan murah di Kelantan berbanding di tempat lain.  Kalau nak makan sekadar satu dua orang sahaja, tak payah masak, beli saja. Masa Mak Aji bertugas di Kelantan sekitar tahun 2000 dulu, Mak Aji jarang masak, terutama pada bulan puasa. 

Bercintanya nak balik kampung! Kalau ingatkan lambaian kuih-kuih tu, rasa nak terbang balik kampung sekarang juga!  

Monday, 15 August 2011

Raya Dah Dekat

Semua orang agaknya ada warna tema untuk raya. Agar manis dipandang, sedondon aje. Bila ambil gambar raya tahun 2011 baru jelas. Mak Aji sebenarnya tak mengisah sangat tentang hal ini. Yang kisah Kak Long Mak Aji. Bila tengok gambar raya, nampak cantik aje, tak macam Mak Aji, berterabur aje, masing-masing baju Melayu warna ikut dan aje. Bermula dari situlah Mak Aji mula ikut ada tema, sekurang-kurangnya untuk baju Melayu anak-anak Mak Aji yang lelaki (4 hero wei - jejaka idaman. Masih ada dua opening, dua lagi dah kena book, dah bermakwe!).  

Bila membelek-belek baju Melayu Mak Aji naik ngeri tengok harga sepasang. Semurah-murahnya dapatlah sekitar RM130.00 sepasang. Kalau kainnya lebih berkualiti, tentulah lebih mahal. Sebenarnya Mak Aji dah bertahun-tahun membeli baju Melayu di Kota Bharu. Mak Aji minta aja Kak Long belikan di sana. Nak tahu berapa regenya?? Untuk kualiti kain yang agak sederhana, Mak Aji dapat sekitar RM60 sepasang!! Tak percaya? Jom kita ke Kota Bharu lihat sendiri! Banyak wei roti Gardenia yang Mak Aji dapat beli dengan jumlah wang yang dapat dijimatkan! Walau bagaimanapun, untuk mereka yang banyak duit, belilah di KL dengan harga yang lebih mahal tu! Mak Aji nak tengok duit Mak Aji stretch lebih lama lagi. Apa lagilah dengan rege barang yang semakin naik, yang tak tahu nak turun. Gaji saja yang tak naik-naik! Mak Aji dengar khabar angin yang gaji kakitangan akan naik awal tahun depan, entah betul entah tidak. Harap-harap betullah sebab orang gomen ni dah lama tak merasa semakan gaji. Kalau ada rezeki, sempatlah Mak Aji pencen dengan gaji pokok yang baru tu??!! Insya-Allah, kalau ada rezeki yang dah dijanjikan Allah, takkan ke mana!


Saturday, 13 August 2011

Konpius

Lewat pagi ini anak-anak ajak ke IKEA untuk cari barang. Anak dara mahukan full-length mirror untuk bercermin, almaklumlah tak lama lagi nak raya, nak tenang rupa bila pakai baju raya agaknya??!! Si adiknya pula nak kena beli sandal untuk raya. Bermula dari Kota Damansara, bermulalah kesesakan hinggalah ke IKEA. Ramai yang nak raya agaknya. Bila ditengok betul-betul tak adalah sangat yang muslimnya. Kalau di tempat itu pula, agak susah nak agak sama ada muslim atau tidak, kalau dah pakaiannya tak sepatutnya dipakai oleh muslim dan muslimah. Kena tengok betul-betul, kalau terdengar mereka bercakap, barulah kot boleh agak muslim ke tidak. Entahlah, tak tau nak cakap, kan ke Nabi saw berpesan, kalau kita mengamalkan cara hidup orang bukan Islam (dalam segala apa hal sekalipun), maka kita akan menjadi sebahagian daripada mereka!

Satu lagi yang Mak Aji selalu perhati, sama ada lelaki atau perempuan. Kalau yang bangsa dan agama lain tak payah cakap banyaklah. Yang dimaksudkan ini, Melayu. On top of that, boleh bangga dan menunjuk-nunjuk pulak tu cara yang mereka serupa orang lain. Kita pulak yang malu dengan gelagat mereka! Mak Aji iman tak kuat, tak sampai ke tahap menegur, cuma berkata-kata di dalam hati sahaja, tanda protes.

Friday, 12 August 2011

Cukai Oh Cukai

Pensyarah Mak Aji dulu ada menyebut, "Dua perkara yang kita tak boleh lari dalam hidup ini. Mati dan Cukai!" Ketika dengar tu, tak ada rasa apa-apa, maklumlah pelajar, belum pernah kena cukai. Bila dah bekerja baru kenal apa itu cukai; kira-kira sebulan gaji dalam setahun kena korbankan untuk cukai. Bila dah kenal zakat pendapatan, rasa lega sedikit sebab sekurang-kurangnya kita tahu duit dimanfaatkan oleh saudara seagama. Juga kerana dah kurang jumlah yang kena bayar cukai.

Minggu lepas Mak Aji terima surat daripada LHDN. Mak Aji baca betul-betul surat itu berkali-kali dan untuk kesekian kali itulah Mak Aji faham yang Mak Aji ada hutang dengan mereka. Pelik bin ajaib! Kali terakhir Mak Aji ke LHDN, mereka juga yang kata mereka berhutang sekian banyak kerana Mak Aji terlebih bayar (potong gaji). Mereka tak betul ke Mak Aji yang tak reti baca??

Mak Aji telefon mereka dan belum habis cakap pegawainya terpaksa pass telefon kepada orang lain, langsung putus. Lepas tu Mak Aji belumlah telefon mereka lagi. Yang Mak Aji hairan, macam mana dalam surat mereka Mak Aji boleh faham Mak Aji berhutang, siap suruh bayar sekian-sekian haribulan, kalau tidak kena denda. Mak Aji pass juga universiti,  bahasa Melayu dapat kepujian, macam mana boleh tak faham ek?? Takpa, lepas raya nanti Mak Aji kena pergi perbetul dengan mereka.

Awal minggu ni Mak Aji terbaca dalam satu blog tentang cukai juga, ini kisah benar, kelakar pun kelakar juga, dan nak dikongsi di sini:


Dah baca? Lurus bendul betullah pegawai tu! Banyak sangat makan keropok lekor Losong tak?? 

Thursday, 11 August 2011

Spoilt for Choice

Bazar ramadan Paya Jaras, Sungai Buloh memang penuh padat dengan pengunjung setiap hari sepanjang bulan ramadan. Walaupun Mak Aji lalu di situ setiap hari bekerja, setakat hari ni Mak Aji baru dua kali menyinggah. Bukan apa, jika terlalu banyak sangat pilihan, naik pening kepala memikirkan apa kuih yang nak dibeli. Akhirnya beli saja di sebuah gerai di Kuang. Pilihannya tak banyak tapi kuihnya alhamdulillah sedap. Onde-ondenya macam yang kita buat sendiri di rumah, cuma saiznya besar sedikit.

Semalam Pak Aji ke Restoran Kartini di Seksyen 10 Shah Alam, dekat dengan masjid negeri. Punyalah banyak jenis kuih dan lauk-pauk yang dijual, hujungnya dia beli gulai kambing saja. Sebenarnya restoran ini banyak menghidangkan masakan Kelantan - memang banyak sangat jenisnya. Kerabu sahaja ada pelbagai jenis, tak masuk lagi lauk lain! Pak Aji kata, "kalau pengat ada 10 jenis, sebut aja pengat apa, tentu ada!" Kalau macam tu, tinggal mak ngan bapak aja yang tak ada! Jadi, nak selamat (agar tak pening dan selamat duit - bukan ke Mak Aji suruh berhemah??) beli sekadar apa yang ada sahaja. 

Sebenarnya, kalau ikutkan, kuih pun tak perlu beli - sebab kurma yang kita dah beli dan yang orang beri kat kita tu, bila nak makan?? Kalau sekadar seulas sorang masa berbuka (buat syarat), lepas tu makan kuih lain lagi, dan akhirnya nasi, maka bila kurma nak habis?? Takkan nak bring forward ke tahun depan? 

Wednesday, 10 August 2011

Bonus

Alhamdulillah, ramai yang bersyukur lega dengan pengumuman yang dibuat oleh Najib tentang pemberian bonus setengah bulan. Termasuklah yours truly juga! Entah bila ya kali akhir kita dapat setengah bulan atau sebulan bonus? Mak Aji pun dah lupa sebab rasa macam dah lama sangat! Itulah nasib kakitangan kerajaan. Kalau swasta, asyik lebat aja bonus mereka saban tahun, sikit pun tak kecoh, senyap-senyap aja ke bank! Kakitangan kerajaan dapat bonus kecoh! Apapun, kita perlu ingat, ada saja pihak yang akan mencuba sedaya-upaya untuk 'memisahkan' kita dengan bonus tersebut. Dengan kata lain, ada saja mereka yang menjual segala macam benda, 'kunun'nya utntuk memeriahkaan lagi raya kita! Percaya tak, kedai cermin mata tempat Mak Aji biasa buat cermin mata, ada menghantar sms dengan tawaran jualan istimewa, siap dengan diskaun RM50 dan percuma kanta lekap; semuanya agar kita akan lebih bergaya pada hari raya!! Kedai jual tudung, jubah dll. pun sama hantar sms menawarkan pelbagai tawaran istimewa. Ini yang Mak Aji maksudkan. Jadi, berhati-hatilah anda sekalian, jangan mudah tertipu dengan segala pujuk rayu mereka! Mak Aji ni dah tua, nafsu nak membeli segala macam tu dah kurang sangat, suka memerhati sahaja karenah mereka. Pun dok memerhati gelagat orang-orang muda yang mudah termakan pujuk rayu mereka. Mak Aji ingat masa muda-muda dulu pun macam itu jugak! Maklumlah zaman muda, barang kelengkapan rumah belum cukup lagi, maka duit gaji habis kat situ aja. Sekarang keperluan semua dah ada, kalau beli lagi nak letak kat mana? Kalau beli pun untuk tukarkan yang rosak sahaja. Jadi, sama-samalah kita beringat, janganlah terlalu beraya sakan sehingga naik demam nanti lepas raya! 

Tuesday, 9 August 2011

Mengelat

Hari ini badan kurang sihat, kepala sakit, tapi taklah sakit sangat. Yang lebihnya pening. Asyik sendawa sejak lepas berbuka malam tadi. Entah apa yang dimakan yang menyebabkannya. Malam tadi makan ikan bakar (guna sos ikan bakar Adabi - sedap!), sup cendawan 'segar dari ladang' pemberian jiran dan juga tembikai. Airnya teh 'o' kurang manis. Kena kurangkan minum ais, Mak Aji rasa badan macam 'kena paku' (meminjam kata-kata seorang kawan yang merasa begitu setiap kali makan pucuk paku) bila tiap kali minum ais. Sakit badan juga mungkin kerana sepagi membuang rumpai hari Ahad lepas. Itu yang terpaksa dibayar oleh badan yang tua ini dek kerana nak sedapkan mata memandang. 

Bila badan dah sakit-sakit, kepala pun tuningnya agak lari sikit, maka bila meninjau jualan lauk di kantin ofis yang masih tinggal sedikit, terjumpa lauk yang digemari, Mak Aji pun turut sama beli. Hari ni boleh mengelat sebab Pak Aji belum balik ke rumah lagi. Kalau dia ada susah sikit nak mengelat. Anak-anak tak kisah sangat, ikut aja makan apa yang ada. Mak Aji malas nak menyinggah-nyinggah kat bazar ramadan, nanti entah apa-apa yang dibeli, kuat betul nafsu mendorong kita untuk membeli segala macam, akhirnya tak termakan semuanya. Hilang nak buat pahala, dosa yang dapat.   

Monday, 8 August 2011

Terrible Twos

Cucu Mak Aji tak balik hujung minggu ni, rindunya Mak Aji pada mereka. Alhamdulillahlah sekarang ada 3G. Masa mula keluar 3G dulu, bila Along suruh Mak Aji dapatkannya, Mak Aji rasa tak perlu. Walaupun begitu, Mak Aji ikutkan aja. Sekarang rasa kalau tak ada, macam tak lengkap pulak. Inilah cara Mak Aji berhubung dengan cucu-cucu, walaupum mereka di Skudai. Itu yang menyebabkan mereka rapat dengan Mak Aji. 

Ni dia cucu-cucu  Mak Aji, Naufal (4 tahun dan Imran, 2 tahun)
 
Naufal dah kurang sikit nakalnya, dah makan saman. Imran pulak dalam tahap terrible twos, mengalami power struggle dengan umi dia, juga Mak Aji ngan Pak Aji. One minute he is such an angel and the next minute he's the complete opposite! Kalau dah keluar hantu dia, memang hilang punca kita dibuatnya.

Apapun, Tok Ma miss you two boys so much!!

Memandu di Bulan Puasa

Mak Aji perhatikan pemandu pada bulan puasa ni memandu lain macam sikit - pandu kereta lebih laju (nak hilangkan mengantuk agaknya), lebih mudah melenting (lebih kerap nak buli pemandu lain, terutama yang perempuan dan yang berkereta saiz kecil atau sederhana), .... Kalau balik kerja, lepas saja bayar tol, menerkam bagai harimau, makan jalan orang, buat selamba aja. Yang hairannya yang memecut tu, lelaki, bukannya perempuan. Entah apa yang nak dikejarkan. Bukannya nak balik cepat nak masak untuk berbuka. Kalau isteri tak kerja, makan memang dah dimasak awal-awal. Isteri yang bekerja rata-ratanya beli saja lauk (kalau kat ofis Mak Ajilah), kecualilah Mak Aji yang kena masak juga, tak banyak sikit, mana-mana aja yang sempat, itupun kalau Pak Aji ngan anak dara belum masak lagi. Habis tu, awat yang memecut bagai nak rak tu?? Rasanya kalau kita hon bila mereka bawa kereta tak tentu arah tu, mahu kita dilempangnya!! Perut lapar, mengantuk, nak hisap rokok tak boleh, apa lagi, makan oranglah!! Sabar, sabar, itulah dugaan harian yang terpaksa dihadapi sepanjang puasa ni. Alangkah bagusnya bila memikirkan yang puasa tahun depan, insya-Allah Mak Aji tak perlu  lagi mengharungi semua ni. Memang yang Allah rancang itulah yang terbaik!! Orang-orang tua macam Mak Aji ni yang tekanan darah mudah naik, cepat kejang kaki bila lama bawa kereta walaupun bawa kereta auto, dan mereka yang menghadapi banyak masalah lain, cepat duduk rumah, berpencen, diberi-Nya orang muda-muda yang berketahanan tinggi untuk terus mengharung rat race ini. 

Memang betullah kata Pak Aji, "Sementara diberi waktu yang badan masih sihat, masih mampu beribadat, boleh ruku' dan sujud dengan sempurna, pencenlah, jangan sampai tak sempat nak buat bekal kerana terlalu sibuk kerja, di'pencenkan' terus oleh Allah (kembali kepada-Nya)!! Ya, ya, Mak Aji dengar cakaplah ni!! Insya-Allah tak lama lagi ya, tak sampai setahun lagi. Tak sabar rasanya nak dok saja-saja.

Nasi Kerabu Kuning

Hujung minggu anak-anak balik berbuka di rumah. Antara yang dimasak, nasi kerabu. Pewarna biru tak ada, maka tak adalah nasi kerabu hitam/biru, dan jadilah nasi kerabu kuning. Nasi kerabu agak 'bodoh' (bare) saja tanpa lauk sampingan selain ayam masak madu (??) dan telur asin yang dibikin sendiri. Yang kureng sikit, telur asin tak cukup masin. Mahu seminggu lagi baru elok. Kalaulah ada bawang putih jeruk, barulah kaww! Anak-anak nak makan ayam masak madu, mereka beli di bazar ramadan, tak mahu bazar kat Paya Jaras, nak yang di Subang juga. Usaha pergi nun sampai ke Subang nak dapatkannya. Nostalgia tak habis-habis budak-budak ni. Masih dok teringat-ingat lagi, sayangkan rumah lama di Subang! Sudah-sudahlah tu, kita kan dah jadi warga Sungai Buloh! Tinggal kat mana-mana pun sama jugak. Janji hati senang, kepala tak berserabut. Budak-budak apa tau, ni orang tua bercakap nih!  


Friday, 5 August 2011

Mainan Baru

Sempena puasa Mak Aji dapat hadiah daripada Pak Aji. Hadiahnya counter atau tasbih elektronik yang cukup cute, mudah digunakan di mana-mana, tanpa orang lain perasan kita menggunakannya. Amat mudah digunakan semasa memandu dalam kesesakan di KL ni. Nak tengok? Ni dia, cute. Pak Aji beli kat kedai dalam kawasan masjid Seri Petaling.


                   Oh, what short stubby fingers you have!!

Gulai Darat Itik Muscovi

Semalam Pak Aji beli itik Muscovi dua ekor dari tempat bela itik di Paya Jaras. Dia memang amat gemarkan itik dan kambing. Kalau bulan puasa, lebih-lebih lagilah nakkan makanan kegemarannya. Petang semalam Mak Aji balik kerja itik dah siap sembelih, potong dan bertos, menunggu untuk dimasakkan saja. Apakan daya, jam teruk sangat nak balik kerja (sampai rumah 6.30 petang nak masak apa??), maka itik terpaksa di simpan untuk dimasak hari ini. Itu yang petang ni bergegas balik rumah cepat-cepat supaya sempat masak  untuk dijadikan lauk berbuka. Nasib baik itik agak sederhana muda. Kami terpaksa makan lauk lain dahulu sementara menunggu itik empuk. Mak Aji masak gulai darat. Kalau nak tahu, masakan ini lebih kurang gulai kawah kat Kelantan tu. Kat KL pun kadangkala ada dijual, kalau kat restoran tu, yang dimasak dan dibiarkan dalam kuali besar! Ada kat Restoran Mak Uda di Subang 2. Pun ada di sebuah restoran di Mah Sing yang berdekatan. 

Kalau nak masak senang saja, kisar kunyit, lengkuas, halia, bawang merah, putih (seulas dua sahaja), cili kering, masukkan rempah kari, asam jawa dan gaul kepada ayam pencen ke, itik ke, angsa ke, ayam belanda ke (jenis macam ni yang sedap) sedap dagingnya manis meskipun sedikit liat. Kenalah bersabar sebab kena tunggu untuk empuk. Nak empuk cepat taruh sedikit tempurung kelapa atau daun nangka beberapa helai atau nak mudah taruh sudu makan tiga empat (keping, buah???). Itik yang bersih dan ditoskan dimasukkan ke dalam periuk, masukkan semua bahan di atas. Gaul rata dan perap setengah jam ke (kalau ada masa). Masukkan terus garam dan sedikit gula manisan (gula daripada nira kelapa) atau gula melaka. Kalau itik seekor, kelapa sebiji. Ambil sesenduk santan pekat dan masukkan ke dalam periuk tadi. Letak atas dapur dengan api kecil dan tutup periuk. Letakkan tempurung kelapa, daun nangka atau sudu ke dalam periuk. Sesekali jenguk dan kacau jangan sampai hangus. Air daripada itik akan keluar dan kuah akan bertambah daripada asal. Besarkan api (periuk masih tutup lagi). Tunggu hingga air mula mengering ke jumlah asal (lepas diletak sesenduk santan pekat). Pada ketika ini biasanya itik dah empuk. Kalau belum, perlu tambah lagi santan sedikit dan tunggu biar benar-benar empuk. Bila dah empuk, masukkan baki santan. Biar menggelegak. Masukkan sedikit daun kesum dan kentang (jika suka). Bila kentang empuk, cuba rasa dan boleh hidang. Enak dimakan dengan nasi bertemankan ikan goreng, ikan masin atau telur asin. Juga boleh dimakan dengan roti, cuma ketul itiknya  perlu kecil-kecil.

Tu dia resepi gulai darat. Boleh acu cuba try kalau minat. Kalau kami sekeluarga, ini masakan yang semua orang suka. Kalau hari ini masak, kalau ada baki esoknya,  rasa lagi sedap, seperti juga asam pedas!

Nak tengok macam mana rupanya? 



                         Nyam nyam nyam, sedap gulai darat!!!

Untuk Manfaat Bersama

Diam tak diam insya-Allah hari ni dah hari kelima kita berpuasa. Mak Aji ada bahan yang nak dikongsi dengan anda semua, suatu bahan yang diharap boleh dimanfaatkan dalam bulan penuh barakah ini. Mak Aji sertakan linknya:  www.scribd.com/doc/6459949/Panduan-Ibadah-Ramadhan

Selamat Berpuasa!

Wednesday, 3 August 2011

Iftar hari ketiga

Menu berbuka asam rebus ikan segar menggunakan daun kesum dan kacang bendi 'segar dari ladang.' Mak Aji petik juga cili api 'segar dari ladang' untuk dimasukkan ke dalam sos ikan (budu) dimakan dengan ulam kacang bendi yang dicelur. Selain itu Mak Aji rebus telur asin yang dibikin sendiri oleh Pak Aji, sedang elok, tak masin dan tak tawar. Kumpulan pertama telur asin dah habis, tinggal lagi sebalang. Pak Aji kata nak kena cari lagi telur itik untuk buat telur asin lagi. Wah, dah yakin nampak buat telur asin sendiri! Sat lagi boleh berniaga kat pasar malam!!

                                  buah bendi dah boleh petik


                                buah bendi sulung


                           asam rebus guna bendi, daun kesum

                                telur asin bikin sendiri
 Puas betul makan malam ni, syukur alhamdulillah. Yang puas tu sebab makan hasil tangan sendiri. Berbunga hati Mak Aji!! Dalam hati ada taman!!

Ramadan 1432

Ramadan datang lagi. Macam biasa, hari pertama migraine, badan nak menyesuaikan diri dengan tak makan dan kurang tidur agaknya. Selepas cobaan hari pertama itu, oklah. Hari kedua puasa baru mula kerja, agak ngeri jugak bila memikirkan jam luar biasa kerana semua orang (agaknya??) menukar waktu keluar daripada WP2/3 ke WP1. Maknanya hampir semua kakitangan awam keluar 4.30 petang. Dalam perjalanan balik pula mereka menyinggah di bazar ramadan (kalau tak beli di pejabat, untuk mereka yang ada bazar di pejabat!). Itu yang Mak Aji terpaksa tempuh beberapa bazar ramadan sebelum sampai ke rumah. Jamnya jangan ceritalah. Alhamdulillah syukur anak dara Mak Aji ada kat rumah. Jadi Pak Aji dengan dialah yang masak untuk berbuka puasa. Masakan yang rumit sikit Mak Aji kenalah masak. Semalam Pak Aji masak sayur asem, sejenis masakan yang kami mula kenal (dan gemar) di Surabaya. Menurut Ustazah Faizah, isteri Habib Taufiq (mudir Pesantren Daruzzahro, Pasuruan, Surabaya), inilah masakan kegemaran Habib, dan lauk ini dimakan bersama-sama ikan asin. Lauk ni rupa macam lauk singgang atau asam rebus - rebus daging sampai empuk, masukkan hirisan lengkuas, bawang merah dan putih, cili api tumbuk, buah keras, letak jagung manis yang dipotong tiga atau empat, ubi keledek, asam keping, garam, sedikit gula (Mak Aji tak guna ajinomoto/MSG. Anak-anak Mak Aji, dengar aja masak asem terus mengeluh, "Kat sana sayur asem, kat sini sayur asem jugak ker??" Masakan itu yang mereka makan hampir tiap hari selain tempe (di Surabaya). Anak dara pula masak sambal sotong. Mak Aji balik cuma goreng daging dan buat kangkung goreng belacan aje. Pengat llabu masih ada dan Mak Aji beli juga sedikit kuih, terliur punya pasal. Bila dihidang, macam penuh aje meja. Mak Aji cakap, lepas ni kena kurangkan, buat satu lauk saja, satu sayur. Dah cukup. 

Untuk hari ni, anak-anak nak KFC pulak, ada yang yang dinner plate, ada yang nak whole leg yang baru tu. Nampaknya kami berdua ajelah makan nasi malam ni. Kata Pak Aji nak makan asam rebus ikan apa ntah, katanya lagi sedap daripada ikan nyok-nyok. Kemungkinan besar itulah rezeki berbuka untuk malam ini. 

Walau apa sahaja rezeki yang Allah beri, kita harus memanjatkan setinggi-tinggi syukur Alhamdulillah kerana di luar sana ada sahaja mereka yang hidup dalam keadaan kesukaran, seperti kawan-kawan dari Dawama yang dipaksa bercuti tanpa gaji, tak tahu sampai bila. Sedih Mak Aji memikirkan mereka, apa lagi dalam keadaan bulan yang mulia ini dan bakal menyambut raya pulak! Begitu besar dugaan yang Allah beri kepada mereka. Mak Aji doakan masalah mereka akan selesai secepat mungkin!!

Tuesday, 2 August 2011

Jadual berbuka dan Imsak

Salam Ramadan. Dah dapat jadual waktu berbuka dan imsak sepanjang bulan Ramadan? Kalau tak ada, bolehlah muat turun dari sini:

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA tahun 1432H/2011M BAGI SELURUH MALAYSIA

NegeriZon
Wilayah PersekutuanKuala Lumpur dan Putrajaya
Labuan
SelangorZon 1 – Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
Zon 2 – Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
MelakaSeluruh Melaka
JohorZon 1 – Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
Zon 2 – Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau berdekatan
Zon 3 – Daerah Pontian dan Kluang
Zon 4 – Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor
PerakZon 1 – Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
Zon 2 – Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
Zon 3 – Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
Zon 4 – Temenggor dan Belum
Zon 5 – Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor
Zon 6 – Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
Zon 7 – Bukit Larut
SarawakZon 1 – Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas
Zon 2 – Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi
Zon 3 – Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu
Zon 4 – Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song
Zon 5 – Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rejang
Zon 6 – Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu,Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Lebak.
Zon 7 – Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
Zon 8 – Kuching, Lundu, Bau dan Semantan
SabahZon 1 – Bahagian Sandakan (timur), Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam
Zon 2 – Bahagian Sandakan (barat), Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
Zon 3 – Bahagian Tawau (timur), Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak
Zon 4 – Bahagian Tawau (barat), Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
Zon 5 – Bahagian Kudat, Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat
Zon 6 – Gunung Kinabalu (ketinggian 4,101 meter)
Zon 7 – Bahagian Pantai Barat, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
Zon 8 – Bahagian Pedalaman (atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau
Zon 9 – Bahagian Pedalaman (bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang
TerengganuZon 1 – Kuala Terengganu dan Marang
Zon 2 – Besut dan Setiu
Zon 3 – Hulu Terengganu
Zon 4 – Kemaman dan Dungun
KelantanZon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang)
Zon 2 – Jajahan Jeli dan Gua Musang termasuk daerah Galas dan Bertam
PahangZon 1 – Pulau Tioman
Zon 2 – Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah
Zon 3 – Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut dan Bera
Zon 4 – Raub, Bentong dan Lipis
Zon 5 – Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi
Zon 6 – Cameron Highlands, Bukit Fraser, Genting Highlands
PerlisSeluruh Perlis
Negeri SembilanZon 1 – Jempol dan Tampin
Zon 2 – Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah, Jelebu
KedahZon 1 – Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
Zon 2 – Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
Zon 3 – Daerah Padang Terap, Sik dan Baling
Zon 4 – Daerah Kulim dan Bandar Baharu
Zon 5 – Daerah Langkawi
Zon 6 – Puncak Gunung Jerai
Pulau PinangSeluruh Pulau Pinang

Monday, 1 August 2011

Sunday Outing

Kompleks PKNS pada hari Ahad penuh sesak dengan pengunjung yang datang bersama-sama keluarga. Ruang tengah kompleks penuh dengan baju raya. Yang belum dengar lagi, lagu raya. Ada peraturan baru agaknya yang melarang lagu raya di mainkan terlalu awal  - kalau diputar awal-awal, pengunjung bagai tak menyempat membeli-belah baju raya, mood raya membuak-buak! Mak Aji ngan kawan pergi minum kat SACC, agak tenang sikit. Borak lama jugak, up-date pasal kawan-kawan di pejabat. Kawan Mak Aji dah pencen awal beberapa tahun lalu, cerita pasal siapa yang bakal pencen wajib dan awal, yang sakit, meninggal dan lain-lain. 

Selesai pekena nasi kerabu dan teh tarik, kami ke PKNS semula, penuh padat dengan manusia, dah dengar ada anak-anak yang menangis, tak kena angin atau tak selesa agaknya. Banyaknya jubah cantik-cantik, tak puas rasanya membelek, Mak Aji dapat sehelai jubah viscose (sesuai untuk pencen, untuk dipakai di luar, tak ada air-con, orang nak pencen katakan!) Harga asal RM79, dapat RM70, bolehlah. Cuma kena alter sikit, sebab ketinggian Mak Aji bukan sama dengan model, tak cukup inci, terlebih lebar pulak!

Nanti kena pergi lagi, bawa anak nak tengok jubah lagi. Baik ke PKNS aja, tak perlu ke Jalan TAR, sudahlah jauh, jam pulak, tak berbaloi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...