Followers

Monday, 6 January 2014

Masak Kek dalam Periuk Nasi

As-salam.

Pernahkah anda perasan yang anda boleh masak kek menggunakan periuk nasi? Maksud Mak Aji bukanlah periuk nasi Panasonic atau jenama lain yang biasa tu, tetapi periuk nasi yang 'cerdik' sedikit tu! Semasa membelinya dahulu tidaklah kami perasan 'kecerdikan'nya itu, apabila sudah mula menggunakannya barulah perasan - selama ini masak nasi biasa dan masak pulut sahaja - (tuannya pun agak kurang cerdik sebab tidak baca habis manualnya! - manualnya pun sudah campak entah ke mana??) 

Berikut periuk nasi Mak Aji yang Mak Aji cuba buat kek kopi. Mari kita lihat:

Ini dia periuk nasi cerdik Mak Aji!
Macam parut cacar air je, kan!
Walau berparut kulitmu, namun rasamu tetap sedap!
Hasilnya, kek kopi yang gebus gebas!!
Resepi kek kopi:

250gm mentega
220gm tepung naik sendiri
200gm gula kaster
5 biji telur gred A
1 sudu besar coffee emulco
1 sudu teh esen vanila

Cara:

Pukul mentega dengan gula hingga lembut. Masukkan telur dan tepung secara selang seli sehingga habis. Masukkan esen vanila dan coffe emulco. Masukkan ke dalam periuk nasi dan ikut arahan pada periuk nasi anda. Insya-Allah menjadi! 




8 comments:

❤Kamsiah❤ said...

jimat karan sbb tak guna oven..periuk nasi lbh sedikit pengunaan karan berbanding oven,kan..

- dieyana - said...

wah gebu gebas nye kek mak aji... ha periuk cerdik ni mmng cerdik bleh masak kek juga

Anonymous said...

Salam Mah,
Ada periuk cerdik ya...apa jenis periuk yg cerdik tu..ntah2 I pun ada..hahaha..tak pernah ambil pusing,tau periuk nasi masak nasi saja...

Anonymous said...

Gambar tak keluar la pulak,nak tengok periuk tu

Anonymous said...

Ok ok..dah nampak dah..padan la cerdik..si kenwood rupanya..tak dapat la nak buat kek lagu ni..

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Tak perasanlah pulak penggunaan elektriknya! Memang ya pun pakai periuk elektrik banyak elektrik, mungkin juga lebih banyak daripada ketuhar! Akak saja nak uji je tu, menjadi atau tidak. Oh ya, satu lagi yang belum, nak uji masak kek dalam pressure cooker pulak. Katanya boleh masak kek jugak!

Ummu Madihah said...

Salam Dieyana,

He he, memang cerdik periuk ni. Nak buat bubur boleh, nak kukus boleh, nak masak kek boleh, nak masak pulut pun boleh, selain nasi biasa, jadi memang cerdik lebih daripada yang biasa tu.

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Alah Wan, kalau diikutkan loyang yang letak terus atas dapur gas pun boleh masak kek, kan! Ingat tak dulu2 orang masak kek atas dapur gas gitu je! Yang ketuhar Butterfly yang hitam pun jenis dok tenggek atas dapur gas jugak. Masa anak dara sempat jugalah guna Butterfly tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...