Followers

Wednesday 25 September 2013

Konvokesyen Boy

As-salam.

Pada pagi hari Ahad lepas kami bergegas ke PICC Putrajaya untuk majlis konvokesyen ke-10 Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Anak Mak Aji yang kedua, Firdaus atau lebih mesra sebagai Boy menerima ijazah pertamanya dengan kepujian dalam bidang Teknologi Maklumat (kejuruteraan perisian). 

Majlis yang diadakan dalam dewan cukup selesa baik untuk ibu-bapa yang masuk ke dewan mahupun saudara mara yang menunggu di luar dewan. Lain halnya jika majlis lain yang diadakan di kampus (iaitu di dewan mereka sendiri) kerana saudara mara terpaksa berpanas menunggu di luar (apalagi dalam cuaca yang cukup panas sekarang)!

Kalai pertama kami ke PICC semasa Boy menerima diplomanya beberapa tahun lalu, Boy agak kurang kemas kerana tali leher tidak dapat diikat kemas kerana butang di leher tidak dapat dikenakan sebab badannya 'semangat' ketika itu. Kali ini juga Boy tidak kemas sebab dia tertinggal tali lehernya pula!! Alahai anak mama ni! Bila masalah agaknya hendak kemas macam orang lain?? 

Dewan PICC yang cukup gah.
Pengorbanan bertahun-tahun demi segulung ijazah.
Mana tali lehernya?? Selekehlah!

Pada keesokan harinya Boy ke PICC lagi untuk tangkap gambar katanya. Ini pula foto Boy balas dendam kerana tidak memakai tali leher pada hari sebelumnya!:

Macam ini baru anak mama, smart habis!!



4 comments:

Tengkubutang said...

tahniah atas konvokesyen .. hee..

Follower ke : 42
Hai.. Salam Kenal..
done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Ummu Madihah said...

Salam Tenku butang,

Terima kasih. Dah follow dah pun.

QA's ~ mamapapa said...

ehheehh!!tahniah boy :) mesti mak aji and pak aji trharukan :)

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Terima kasih. Mestilah kami terharu, anak dah habis belajar dan dah mula kerja, harapan kami dia akan dapat memberi sumbangan yang juga bakal dikira sebagai ibadah juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...