Followers

Tuesday 28 January 2014

Pembantu Dapur Warga Amerika


As-salam.

Sepanjang Mak Aji bekerja dahulu, entah berapa ramai pembantu rumah yang Mak Aji gunakan khidmat mereka. Asal-usul mereka juga pelbagai. Ada yang warga tempatan, berasal dari kampung Mak Aji, ada warga Thailand dan ada juga warga Indonesia. Bilangan mereka, Mak Aji sudah tidak terkira banyaknya. 

Apabila anak bongsu Mak Aji mula masuk sekolah rendah dan dek kerana masalah besar dengan pembantu rumah warga Thailand, Mak Aji membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan khidmat mereka yang tinggal bersama-sama di rumah. Sebaliknya mendapatkan pembantu rumah warga Indonesia yang datang pagi dan balik ke rumahnya petang, sebaik sahaja Mak Aji pulang kerja.

Pada petang ini pula Mak Aji dapat pula pembantu dapur yang baru warga Amerika! Beberapa bulan juga Mak Aji tunggu dia, al-maklumlah nun jauh dari Amerika, he he!!

Perkenalkan, pembantu dapur Mak Aji yang baru!
Model yang ini ada pendakap mangkuknya.
Ini pula penterjemahnya, sementara pembantu rumah ini belum
belajar cakap Melayu, he he!!

Anak Mak Aji pula menghadiahi transformer (penterjemah dalam foto kedua itu la!). Warga import ini perlu menggunakan transformer seperti juga satu lagi warga Amerika di rumah ni - treadmill jenama Reebok. Bolehlah mereka berkawan dan berkomunikasi dengan bahasa Inggeris Amerika ya!


Catatan: Transformer ini bukanlah transformer macam dalam wayang tu ya! Sebaliknya transformer ini diperlukan untuk menyelaraskan penggunaan elektrik - barangan elektrik dari luar negara hanya menggunakan sedikit kuasa elektrik berbandi barangan elektrik keluaran negara kita - jadi perlu ada penyelaras. Inilah dia penyelerasnya.



10 comments:

kakmonie said...

Tahniah... boleh masak ala mat saleh lepas ni.

Siti Suhana said...

bestnyerrrr Mak Aji. Idaman saya ni Mak Aji. Nak kecek suami baru nih, tak lepas bajet...hehe
Mak Aji dapat beli brp RM? Kalau dapat beli bawah RM2k..bestttt..
jeles ni tau Mak Aji...hehe..doakan saya dan kak monie dapat memilikinya satu ahri nanti...aminn...

Kamsiah yusoff said...

harap2 'tuannya' mengunakan pembantu ni semaksimum mungkin hehe..jgn letak dlm stor pulak lps beberapa bulan hehe

Anonymous said...

Maaf nak tanya..ai ni tak tau fungsi maid you tu..dia nak buat apa..kek ke?hehehe..

Ummu Madihah said...

Salam Monie,

Insya-Allah senanglah sikit ada pembantu ni! Kalau nak buat benda2 lain kenalah beli attachments lain pula (utk buat pasta dll).

Ummu Madihah said...

Salam Su,

Mak Aji dah lama juga berair mulut bila tengok org dok pakai kat TV tu. Syukur dapat merasa sendiri, perasan macam pandai macam mereka jugalah, he he! Mak Aji beli melalui menantu Mak Aji. Taukenya kawan kepada kakak iparnya. Benda ni banyak model dan saiznya. Mak Aji mahukan yang biasa, 5 quart (macam yg Ina Garten dll dok pakai (yg dongak tu) tapi model tu habis hg salenya. Yg ada yg lebih besar, 6 quart (yg tak dongak tapi mangkuknya yg turun naik). Yg ni hg sale RM1788! (cash). Pun ada yg beberapa kali bayar RM2000 lebih yg Aimieasyshop di FB jual utk 5 quart.Dengan Aimi Mak Aji dah beli beberapa barang, alhamdulillah ok! Cuba check!

Mak Aji doakan Su dan Monie dapat juga nanti ya, insya-Allah - awk bedua yg banyak dok buat segala bagai, Mak Aji ni buat sikit je (seganlah pulak!).

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Insya-Allah pembantu akan dikerah semaksimum mungkin agar berbaloi kos mendapatkannya! Semalam dah test buat adunan choc chip utk bekal anak yg nak balik ke Surabaya dr bercuti, juga kek sebiji. Hasilnya alhamdulillah!

Ummu Madihah said...

Salam Wan, (Wan, kan!)

Pembantu ni tugas utama untuk buat kek, biskut serta rotilah. Kalau dibeli attachments lain yang dipasang pada muncungnya, boleh buat pasta, boleh jadi pengisar daging dll juga.

Anonymous said...

Mah..mmg I la tu...Wah ni dah maju lagi...boleh buat busy ness( di samping menjaga cucu )..boleh buat red velvet..nak rasa la..

nurbijen said...

wah, pembantu Ameraika dah berkhidmat.... merah lagi.. sesuai sgt nak buat red velvet setiap minggu...
Ni model latest, kan mak Aji? Kalau kat UK ni, model ni mahal lagi... kalau mak Aji beli dgn harga <2k, mmg berbaloi sgt :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...