Followers

Tuesday 21 January 2014

Keletung Keletang Lagi

As-salam.

Sambil Mak Aji leka dengan blog, Pak Aji pula sibuk di porch dengan bunyi keletung keletangnya. Entah apalah lagi yang dikerjakannya itu! Sesudah berhenti bunyi keletung keletang rupa-rupanya inilah hasilnya:

Tempat letak buku! 
Selang sehari dua selepas itu, tempat letak buku yang di atas kanan diubah suai lagi menjadi seperti berikut pula:

Tempat letak buku berserta meja kecilnya sekali!

Kata Pak Aji meja ini belum siap dengan sempurna lagi, masih perlu dicat putih dan diletak roda lagi agar boleh ditolak tarik! Tunggukan foto seterusnya ya!

Ini dia reka bentuk yang sempurna dan muktamad!
Apa macam, cantik tak??

Sebenarnya bahan mentah untuk membuat kedua-dua hasil ini ialah tempat letak al-Quran besar yang pernah dibuatnya beberapa tahun lalu:

Tempat letak al-Quran besar.
Pak Aji meleraikan tempat letak Quran itu lalu menjadikannya dua seperti foto paling atas. Idea membuat tempat letak buku ini diperoleh semasa di Masjidil Aqsa tempoh hari Rupa-rupanya Pak Aji leka memerhati kumpulan beberapa orang berusia yang sebaik sahaja masuk ke masjid, solat tahiyatul masjid dan terus duduk membaca al-Quran menggunakan tempat yang sebegini!  Sejak itulah Pak Aji menyimpan niat untuk membikinnya sendiri! Sekarang dia boleh duduk di kerusinya dan meletak buku/kitabnya tanpa perlu memegangnya lagi (kecuali membelek halaman, tentunya). Bolehlah dia membaca dengan lebih lama tanpa lenguh. 

Mak Aji minta dia buatkan satu untuk Mak Aji. Katanya boleh tetapi dengan syarat Mak Aji kena peruntukkan masa beberapa jam untuk membaca setiap hari! Mak Aji juga minta dia belikan satu kerusi selesa untuk tujuan itu - boleh katanya (dengan syarat awalnya dipenuhi!) Mak Aji sudah boleh bayangkan kerusi macam mana yang Mak Aji mahukan! Tentunya yang bersifat feminin (Pak Aji punya yang maskulin). Oh ya, Mak Aji punya tempat letak buku kena cat putih juga, kan!? 



5 comments:

Kamsiah yusoff said...

biasanya baca Al Quran sambil duduk bersila/bertimpuh ja kan...letak Al Quran atas rehal..
cara mcm pak aji buat tu membuatkan kita rasa lbh selesa..

suka suka said...

assalam Mak Aji.. lepas ni bolehla dikomersilkan ... :).. selesa sangat nak membaca al-Quran kalau begini caranya.... alhamdulillah..

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Memang itupun tujuannya, untuk selesa dan boleh berlama-lama menghadap buku - sebab dia memang suka membaca (sejak zaman student lagi, Mak Aji yang tak gemar sangat membaca ni, kalau novel memang suka!)

Ummu Madihah said...

Waalaikumussalam Mar,

He he, boleh patenkan reka bentuk ni ya agar takde orang curi, he he! Betul tu, memang dia berjam-jam sehari duduk di kerusinya menghadap buku/kitab/Quran dalam biliknya.

nurbijen said...

kreatifnya pak Aji... boleh buat biz ni.... Saya pun teringin nak order :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...