Followers

Wednesday, 25 September 2013

Konvokesyen Boy

As-salam.

Pada pagi hari Ahad lepas kami bergegas ke PICC Putrajaya untuk majlis konvokesyen ke-10 Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Anak Mak Aji yang kedua, Firdaus atau lebih mesra sebagai Boy menerima ijazah pertamanya dengan kepujian dalam bidang Teknologi Maklumat (kejuruteraan perisian). 

Majlis yang diadakan dalam dewan cukup selesa baik untuk ibu-bapa yang masuk ke dewan mahupun saudara mara yang menunggu di luar dewan. Lain halnya jika majlis lain yang diadakan di kampus (iaitu di dewan mereka sendiri) kerana saudara mara terpaksa berpanas menunggu di luar (apalagi dalam cuaca yang cukup panas sekarang)!

Kalai pertama kami ke PICC semasa Boy menerima diplomanya beberapa tahun lalu, Boy agak kurang kemas kerana tali leher tidak dapat diikat kemas kerana butang di leher tidak dapat dikenakan sebab badannya 'semangat' ketika itu. Kali ini juga Boy tidak kemas sebab dia tertinggal tali lehernya pula!! Alahai anak mama ni! Bila masalah agaknya hendak kemas macam orang lain?? 

Dewan PICC yang cukup gah.
Pengorbanan bertahun-tahun demi segulung ijazah.
Mana tali lehernya?? Selekehlah!

Pada keesokan harinya Boy ke PICC lagi untuk tangkap gambar katanya. Ini pula foto Boy balas dendam kerana tidak memakai tali leher pada hari sebelumnya!:

Macam ini baru anak mama, smart habis!!



Tuesday, 17 September 2013

Makan, Minum, Mandi Air Hujan!

As-salam.

Beberapa hari lepas sepupu Mak Aji melangsungkan perkahwinannya dan untuk memeriahkan majlis ahli keluarga kami datang dari jauh dan dekat. Ini termasuklah anak buah Mak Aji, Irfan yang sekarang bertugas sebagai pendidik di sebuah sekolah menengah di kawasan pedalaman P3 Sarawak! 

Ingin Mak Aji berkongsi cerita tentang Irfan ini sebab Mak Aji sebenarnya belum pernah mendengar kisah pendidik yang diberi penempatan di dalam hutan ini! Cuba bayangkan seorang anak muda yang lahir dan membesar di Kota Bharu tiba-tiba di hantar ke sana! Kejutan budaya besar yang teramat tentunya!

Mengikut kata Irfan, dia menaiki pesawat dari KL ke Sibu, seterusnya menaiki feri selama 2 jam dari Sibu ke Song. Dari Song dia akan menaiki perahu berenjin untuk sampai ke sekolahnya. Perjalanan berperahu memakan masa 5-6 jam. Jika air surut dia terpaksa membantu mengangkat perahu apabila tiba di beberapa jeram sepanjang perjalanan itu. Jika air pasang tidak perlulah dia berbuat demikian! Oh ya, rupa-rupanya sebelum menaiki perahu ada pula etika berpakaian! - lelaki mesti pakai seluar pendek manakala wanita perlu memakai tights - langkah keselamatan (sekiranya berlaku perahu karam penumpang boleh berenang dengan mudah!! Untuk pengetahuan juga, jika sebuah perahu tersebut dicarter, perjalanan pergi balik memakan belanja RM600! Jadi, untuk menjimatkan belanja perlulah dicari kawan agar kosnya dapat dikurangkan.

Rumah guru memang disediakan walaupun agak kurang selesa. Bekalan elektrik memang ada tetapi bekalan air hanyalah daripada air hujan semata-mata! Jadi, air hujan sahajalah menjadi sumber yang digunakan untuk tujuan makan, minum, mandi, memasak dan selainnya! 

Abang ipar Mak Aji ada bercerita tentang seorang guru perempuan yang juga bertugas di pedalaman Sarawak. Katanya guru itu setakat ini sudah mengalami dua kali keguguran kandungannya sejak bertugas di sana dan sekarang mengandung buat kali ketiganya. Sekarang dia sedang berusaha sedaya upaya untuk bertukar ke sekolah lain yang kurang sedikit cabarannya!

Setiap kali melihat wajah Irfan, terasa sedih mengingatkan apa yang perlu dihadapnya setiap hari sepanjang berada di sana! 

Kasihan Irfan yang terpaksa minum air hujan!

Betapa besar pengorbanan seorang insan bergelar pendidik! Sabarlah Irfan, dalam setiap kesusahan itu ada kebaikannya. Semoga segala kesusahan yang dialami dikira sebagai ibadah jua. insya-Allah!




Monday, 16 September 2013

Majlis Kenduri Kahwin Farid

As-salam.

Pada hari Sabtu 15 September lepas telah berlangsungnya majlis di atas di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya. Walaupun dari luar dewan tersebut kelihatan biasa-biasa sahaja, namun bahagian dalamnya cukup indah sekali. Saksikan beberapa foto di sekitar majlis tersebut:

Dewan yang cukup indah permai.
Meja beradap cantik dengan hiasan bunga segar.
Kek pengantin cukup cantik. Perhatikan alas meja lace itu.
Emak-emak saudara Farid menunggu ketibaan pengantin serta tetamu.
Ketibaan pengantin.
Pengantin di pelamin.
Pengantin serta ibu bapa masing-masing.
Senyum Farid di hari bahagianya!
Sesi memotong kek.
Mak Aji dan Boy sempat bergambar dengan pengantin.
Cucu-cucu saudara Mak Aji yang kedua-duanya
bermata bundar!!
Siapa yang bermata bundar itu kalau bukan Hana?!
Cik Ning, kakak sulung Mak Aji serta bapa saudara bongsu (sebelah mak).
Hadiah untuk tetamu yang diterbangkan khas dari kota Ho Chi Minh.
Hadiah untuk tetamu dewasa dan kanak-kanak.
Mak Aji doakan Farid dan Fara selamat menjalani kehidupan berumahtangga, semoga berbahagia selalu dan dikurniai anak-anak yang soleh dan solehah, amin!!




Persiapan untuk Majlis Kenduri Kahwin Farid

As-salam.

Sepanjang talian internet terputus, sepanjang itulah Mak Aji sibuk dengan urusan keluarga. Pihak keluarga besar sebelah arwah mak Mak Aji datang ke KL untuk meraikan majlis perkahwinan sepupu Mak Aji, Farid. Farid merupakan satu-satunya anak emak saudara Mak Aji, adik arwah mak Mak Aji. Usianya sebaya Boy, anak kedua Mak Aji, jadi mereka agak rapat. 

Berikut foto sekitar persiapan di rumah emak saudara Mak Aji, sehari sebelum majlis kenduri kahwin:

Hiasan bilik tidur yang ringkas namun anggun sekali!
I-pad serta tas tangan.
Telekung serta sejadah.
Seutas rantai tangan, sebentuk cincin serta cek (belum berisi).
Sepasang persalinan lace serta minyak wangi.
Hiasan duit mas kahwin.
Mangkuk hadiah untuk tetamu meja makan beradap.
Jari jemari Dato' Kalsom mengisi coklat ke dalam mangkuk mangkuk
khusus untuk tetamu di meja makan beradap.
Ibu pengantin (emak saudara Mak Aji) di kiri
dengan kawannya.
Pada 14 September malamnya telah diadakan majlis tahlil untuk para arwah kaum keluarga kami dan kesempatan tersebut digunakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami. Majlis cukup meriah dengan kehadiran hampir semua ahli keluarga dari jauh dan dekat, juga disertai oleh kawan-kawan rapat emak saudara Mak Aji. 


Mengeram dalam Geram

 As-salam.

Sekitar jam 3 petang ini barulah Mak Aji dapat melepaskan nafas lega apabila sambungan internet kembali berfungsi seperti sediakala! Mati kutu!! 

Talian internet terputus sejak 11 September. Mak Aji biarkan dahulu, manalah tahu mungkin dek kerana hujan ke apa. Tidak tahan dengan keadaan berikut, lantas Mak Aji membuat aduan ke TM. Kata mereka kontraktor akan dihantar untuk membuat pemeriksaan. Setelah dua hari berlalu tiada langsung respons daripada kontraktor. Mengikut TM kontraktor sudah datang membetulkan apa ke benda entah di luar rumah Mak Aji, jadi yang itu sudahlah ok. Setelah Mak Aji menggodak sana-sini lagi dan dibuat setting baru dengan arahan daripada TM melalui telefon, alhamdulillah selesai sudah masalah! Pheww!!

Sepanjang beberapa hari itu Mak Aji terpaksa menggunakan talian internet daripada telefon bimbit, jenuhlah kena bayar bil yang itu pula! 

Sekadar hiasan. UPSET!!
Sumber foto: Tambhealthyeating.sfgate.com
Kalau muka Mak Aji comel macam ini ketika "mengeram dalam geram' bagus juga ya! Comelnya dia!!!

Monday, 2 September 2013

Kenduri Kahwin Azlina

As-salam.

Pada hari ini Mak Aji hadir ke majlis kenduri kahwin kawan baik Madihah, iaitu Azlina, kawan sekolahnya semasa bersekolah di SMK Tropikana beberapa tahun lepas. Azlina mahukan Madihah menjadi pengapitnya tetapi apakan daya Madihah baru sahaja kembali ke Surabaya untuk meneruskan pengajiannya. Walaupun begitu, Mak Aji menjadi pengganti dengan hadir untuk meraikan Azlina. 

Mak Aji buat pertama kali hadir ke majlis kenduri kahwin yang dianjurkan oleh masyarakat India muslim. Ternyata ada sedikit perbezaan dari segi adat (tentunya bahasa), namun acara tetap meriah. Layan beberapa foto di sekitar majlis tersebut yang diadakan di dewan besar MATRADE.:

Bergambar dengan pengantin.
Latar seumpama di dalam filem Hindustan! (spiral stair case!)
Bunga api dipasang sebaik sahaja pengantin naik ke pentas.
Hiasan di laluan masuk pengantin ke dewan.
Bergambar di dewan yang permai.

Alhamdulillah selesai sudah majlis dan Azlina sudah menjadi isteri orang. Moga Azlina dan Khalid berbahagia hingga ke Jannah! Amanah Madihah juga tertunai sudah. Hadiah untuk Azlina seperti yang diminta dibeli oleh Madihah sudah ditunaikan dan sudah selamat dihadiahkan kepada Azlina. Pasti dia tersenyum apabila membuka hadiah daripada Madihah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...