Friday 5 December 2014

Selamatkan Aku!

As-salam.

Pagi semalam Mak Aji dan Pak Aji pergi menjemput isteri arwah guru Pak Aji serta dua anak daranya yang datang berkunjung ke KL untuk berziarah kawan kami yang bertamu di HKL kerana sakit yang agak teruk. Selepas menjemput mereka di Gombak, kami terus ke HKL dan menunggu untuk masuk berziarah yang sakit. Selesai ziarah serta solat dan makan minum, kami pulang ke rumah Mak Aji.

Malamnya, sebelum tidur Mak Aji menyediakan doh roti (untuk sarapan tamu esok paginya) menggunakan 500gm tepung. Setelah selesai menguli 2 pusingan program 8 di BM, Mak Aji masukkan mangkuknya agar proofing semalaman. Angan-angan Mak Aji, semoga menggebulah doh di dalam peti ais.

Usai solat sunat sebelum Subuh, Mak Aji menjenguk peti ais. Mana dohku??? Terpaksa Mak Aji jenguk jauh ke dalam mangkuk untuk melihatnya - bagaimana doh itu ditinggalkan malam tadi, begitulah juga rupanya pagi ini! Alamak, Mak Aji terlupa letak yis! 

Mak Aji teringat suatu posting kawan Kelab Roti yang mengalami 'bencana' yang sama dan dia dinasihatkan oleh kawan-kawan kelab agar menambah sahaja yis, uli lagi dan membuat proofing sekali lagi. Maka alhamdulillah setelah membuat langkah-langkah yang sama, doh Mak Aji mampu diselamatkan!! 

Ini dia doh yang terselamat itu setelah proofing sejam!:

Dohku yang silap gaya mungkin ditongsampahkan!!
  
Sebentar lagi akan diusahakan roti sarang tebuan serta ban manis juga untuk sarapan kami pagi ini, insya-Allah!

6 comments:

  1. assalam mak Aji..acik memang tak pandai meroti..dah cuba buat roti..tak pernah menggebu..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Acik Erna,

    Jangan cepat kata tak pandai dan jangan cepat putus asa sebab Mak Aji pun sama. Kerja meroti ni baru lagi Mak Aji buat, banyak trial n error, yang herot tak herot, yang bantat, sebut aje, semua dah alami. Yang penting kita terus cuba, Alhamdulillah keyakinan dah ada. Cuma bila kena macam terlupa yis ni, panik sakan! Jom kita cuba dan cuba, pasti boleh! Cuba check Kelab Roti di FB. Mak Aji banyak belajar dari situ!!

    ReplyDelete
  3. Salam Mak Aji,

    Untung lah ada BM.. macam saya kena uli manual hihihi

    ReplyDelete
  4. Salam Honey,

    Honey muda, gagah perkasa, Mak Aji pula sebaliknya sebab itu perlukan bantuan BM! :):)!!

    ReplyDelete
  5. Info yang bagus ni Mak Aji...
    Baru tahu yang doh roti kena uli 2 pusingan... Patutlah bukan main gebu lagi roti2 Mak Aji....

    Nasib baik ada penyelesaian... Sayang juga kalau 500g tepung nak beri kat tong sampah...

    ReplyDelete
  6. Salam Nur,

    Kalau nak tahu ada kawan2 yang dok uli sampai 4 kali pusingan program 8 (uli doh shj) tu sampai kalau doh tu letak kat tapak tangan nampak berbayang jari2! Sebab tulah roti memang elastik sangat sampai kita pusing2 pun tak putus (masa shaping). Kalau lama proofing yang xleh lama sangat nanti roti nanti berasa yis/masam sikit (dah kena macam ni pun). Mak Aji rakam foto dan rekod spy ingat (belajar drp kesilapan). Betul tu, nasib baiklah org lain buat mistake sama, boleh Mak Aji manfaatkan penyelesaian dia tu agar tak membazir!

    ReplyDelete