Friday 21 November 2014

Mainan Baru Lagi

As-salam.

Petang semalam Mak Aji ada urusan di bank (orang pencen dapat gaji awal ya - 20hb dah 'gaji' tau!). Sebelum itu Mak Aji menyinggah di bakeri yang biasa Mak Aji kunjungi. Berkeliling di situ mencari mainan baru idaman hati. Ada yang dapat tetapi ada yang belum. Berikut yang Mak Aji peroleh semalam:

Botol sos, termometer digital serta cawan sukatan.
Mari kita lihat dengan lebih dekat lagi ya!:

Termometer digital.
Botol sos ini sebenarnya hasil dapatan semasa balik kempung. RM1.50 sahaja satu!
Comel sangat warna-warni! Beli walaupun sudah ada.
Dulang piza - satunya berlubang agar kulit piza lebih rangup!

Last but not least, yang paling Mak Aji suka sekali! Mak Aji dapat juga membawa pulang fondant mat - alas untuk Mak Aji meroti atau membuat piza. Walau namanya alas untuk membuat fondant, tiada siapa akan marah jika Mak Aji buat alas untuk meroti, kan!!


Sudah lama kucari, baru kudapat!

Semoga lebih bersemangat Mak Aji meroti! Layan diri/syok sendiri!



9 comments:

  1. Indah sungguh hidup orang pencen ni....Saya cemburu tau..huhuhuu..

    ReplyDelete
  2. Salam Aida,

    He he, beginilah dia hidup orang pencen! Orang muda jangan cemburu!! You have youth whereas we have leisure!

    ReplyDelete
  3. SALAM - Suhana minta mak aji tlg belikan landasan utk dia. Kalau jumpa - sama dgn penimbang saya ye!

    ReplyDelete
  4. Salam Monie,

    Insya-Allah memang nak pergi beli juga barang kat situ, nak bawa kakak pergi kat situ juga. Orang Sarawak pun, ya!

    ReplyDelete
  5. Kelmarin baru tgk pekerja kat subway guna digital termometer tu utk test daging dah cukup panas ke belum..... Sekali datang sini pun ada tayangan yg sama... Mula lah berangan nak beli juga satu... kikiki

    Fondant mat tu pun menarik.... Cer letak tayang gamber fondant mat yg kaler pink tu pulak....

    ReplyDelete
  6. Salam Nur,

    He he, itulah antara benda yang kalu beli dan guna perasan macam prolah sangat, he he! Beli Nur, jangan tak beli! Mak Aji dok tanya2 kat FB pasal fondant mat tu, ada yang jual sampai rege 70 ringgit ke apa, terkejut badak! Kalau rege gitu takdelah belinya, mahal sangat, uli pakai dulang/boko ajelah! He he, pink tu sweet sangat kaler dia, rasa macam cantik je roti kalau guna dia!!

    ReplyDelete
  7. Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
    MapYRO 서귀포 출장마사지 Hotels & Motels Directory. Harrah's 강릉 출장샵 Cherokee Casino Resort. 오산 출장마사지 777 안동 출장샵 Casino Drive, Cherokee, NC 28719, 28719, 공주 출장마사지 28719.

    ReplyDelete
  8. joya shoes 751c6dkmtf911 outdoor,INSOLES,Joya Shoe Care,walking,fashion sneaker,boots joya shoes 562w7tlbrl432

    ReplyDelete