As-salam.
Seperti juga ramai kaum wanita yang suka membuat kuih, kunjungan Mak Aji ke kedai menjual barang-barang keperluan untuk baking cukup menyeronokkan - kalaulah boleh kesemua barang di kedai itu diangkut ke rumah, he he!!
Hari minggu lepas Mak Aji kononnya mahu membeli kotak kek dengan papan alas kek sahaja, tahu-tahu selesai juga sekitar RM100! Banyaklah tu untuk orang pencen macam Mak Aji ni! Kalau masih bekerja sekadar kacang aje, betul tidak??
Antara lain barang ini yang Mak Aji paling suka!:
Apa lagi kalau bukan muncung aising - itu ke namanya?? Apapun itu yang Mak Aji panggil! |
Sebenarnya Mak Aji pernah beli (lama dahulu) satu set yang terdiri daripada sekitar 6 muncung ini (starter setlah konon, cuma start aje yang tidak!). Cari punya cari entah ke mana hilangnya. Sebab itulah Mak Aji beli set yang semacam pro ini pula (prolah sangat - layan Mak Aji, layan, he he!).
Semoga akan menjadilah hiasan aising selepas ini. Langkah pertama, perlu lengkapkan diri dengan pelbagai tutorial yang tersedia di YouTube - Mak Aji sudah mula belajar semalam! Petang semalam Mak Aji juga sudah mula mencuba hasilkan hiasan aising - masih belum cantik sebab belum mahir, nantikan ya Mak Aji kongsikan apabila sudah menjadi!
Assalam Mak Aji..acik pun sama..bukan pandai pun .tapi cukup seronok bila dapat masuk kedai gitu.acik lebih banyak habis beli tepung2 kek segera tu
ReplyDeletesaya pun ada 2 muncung ni - entah letak dalam kotak togoyo mana satu (kena up date barang kek). Tgk ni kat keke kek RM99, rasa belum pro nak beli (bagus juga beli, boleh belajar), banyak cth dlm U-tube... mula2 keras tangan nnt jd kraftangan. Tahniah kerana berani mencuba ...
ReplyDeleteSalam Acik Erna,
ReplyDeleteKedai macam tu seolah-olah kedai permainan untuk mak2 ya! Mak Aji juga pernah beli tepung kek segera tu dan alhamdulillah menjadi juga kek. Sekarang dah cuba buat kek sendiri dan alhamdulillah menjadi juga. Nak pula cuba asah bakat terendam ni untuk membuat deko atas kek pulak, he he, manalah ada bakat tu!?
Salam Monie,
ReplyDeleteSet muncung ni I beli baru RM29.90, tak sampai RM30 pun, itu yang laju je beli. Kalau dekat RM100 fikir banyak kali juga tu! I dah try sekali buat tapi takleh tunjuk sebab kurang menjadi, memang betul, tangan keras sikit - kena banyak practise lagi!