Saturday 8 June 2013

Majlis Akad Nikah Zhafran

As-salam.

Usai solat Jumaat rombongan di pihak kami, pengantin lelaki bertolak ke Kampung Teluk Buloh, Hutan Melintang Perak untuk majlis akad nikah anak ketiga Mak Aji, Zhafran. Seluruh rombongan (termasuk dua adik Mak Aji serta keluarga datang dari Batu Gajah dan Taiping) berkumpul di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin di Sabak Bernam. Selepas membetulkan semua barang hantaran yang sedikit tercabut serta senget-benget sana-sini dek perjalanan dari Sungai Buloh, kami terus bertolak ke rumah pengantin perempuan. 

Berikut foto sekitar majlis tersebut:

Mida, menantu baru Mak Aji.

Zhafran looks like he's in a daze! Bermimpikah aku ini??? 






Sharing a light moment.
Mak Aji, Mida dan ibunya.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Sempurna sudah akad nikah dan mereka sah sebagai suami isteri. Insya-Allah kenduri kahwinnya akan berlangsung selepas raya puasa nanti untuk kedua-dua belah pihak

Insya-Allah bila ada lagi foto lain akan dimuat naik lagi nanti sebagai tambahan.




11 comments:

  1. alhamdulillah..tahniah mak aji..dah dapat menantu baru :)))))
    cantik menantu mak aji :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tahniah mak aji..dah dapat menantu baru :)))))
    cantik menantu mak aji :)

    ReplyDelete
  3. Salam QA,

    Alhamdulillah selamat majlisnya, bertambahlah ahli keluarga kami!! Alhamdulillah inilah pilihan anak Mak Aji yang baru sehari dua bergelar suami!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Dah selamat dah. tahniah kak! bwertambah berseri raya tahun ni nampaknya. Cantik menantu akak :-)

    ReplyDelete
  5. Salam Da,

    Alhamdulillah selesai yang wajib, tinggal lagi yang bab mengumumkannya kepada kawan2, jiran serta saudara-mara lain melalui kaedah kenduri. Insya-Allah begitulah hendaknya! :)!

    ReplyDelete
  6. Dah selesai satu bab..lega sikit! Menantu cantik,mak mentua pun vogue..tudung you pakai tu bawal ke..besar elok.

    ReplyDelete
  7. Salam Wan,

    Betul tu. He he. Hari tu langgar pantang, pakai baju lama yang x pernah pakai, yg bukan hitam. Ya, Wan, tudung bawal, memang saiznya besar drp biasa. Last time pakai memang tarik supaya tudung jadi kecik sikit. Sekarang lipat tudung supaya jadi lebih besar (faktor usialah tu!!).

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Mak Aji...
    Tahniah, bertambah ahli keluarga. Cantik menantu, anak mami ke? hehehehh.... Su doakan rumahtangga Zhafran dan isteri bahagia dalam rahmat Allah SWT. Mak mertua pun macam anak mami jugak!

    ReplyDelete
  9. Salam Sue,

    Terima kasih Sue. Gitulah gayanya. Aminn! Samalah kita ya Sue, macam anak mami walaupun Kelate pure!

    ReplyDelete
  10. Tahniah makji dapat menantu baru.cantiknya...tak tahupun ..tgk blog nie br tahu cerita..:)

    ReplyDelete
  11. Salam Ummuaidan,

    Terima kasih. Itu yang kadang2 dok mengeram kejap, senyap, x masuk blog kawan, x sempat buat entri baru, sibuk dengan urusan keluarga! The other side of Mak Aji, the more personal side!

    ReplyDelete