Wednesday 22 May 2013

Menang Hadiah!

As-salam.

Beberapa hari lepas Mak Aji terpandang semacam peraduan yang diadakan di laman FB yang dianjurkan oleh sebuah syarikat pengeluar serunding dari Kelantan. Mak Aji cuba menyertainya (manalah tahu kalau-kalau tidak menang apa-apa lagi, seperti biasa!) dan tanpa diduga rezeki menyebelahi! Mak Aji menjadi salah seorang pemenangnya. Hadianya, bukanlah baucar bernilai sejuta seperti yang dimenangi suami kawan kakak Mak Aji tetapi setengah kilo serunding (entahkan serunding daging, ayam atau udang??). Apapun alhamdulillah atas rezeki yang diberi! Ini iklannya di FB:

Mahu serunding percuma? Cubalah nasib anda pula!!

6 comments:

  1. wahh..tahniah...boleh simpan utk raya nanti hehe

    tiap tahun saya mesti oder serunding dari kelantan bila dekat2 nak raya,mintak kakak disana poskan...sedap..boleh simpan berbulan2,kan..

    ReplyDelete
  2. Salam Kam,

    Betul tu. Mak Aji pun sama simpan stok, paling tidak makan ngan nasi impit atau dengan nasi panas2 pun jalan!

    ReplyDelete
  3. sedapnya.....saya suuuuka serunding...

    ReplyDelete
  4. Salam Da,

    Belum pun sampai lagi untuk 'test drive' serunding ni, insya-Allah sedaplah tu! Yang bagusnya stok baru habis (x kira serunding daging yg besan baru beri semalam).

    ReplyDelete
  5. Salam QA,

    Dok tertunggu-tunggu ni, mrk kata nak poslaju, x laju pun!!

    ReplyDelete