Tempoh hari pisang yang 'direbus' bukanlah sebenarnya pisang rebus sebab di masak di dalam ketuhar gelombang mikro. Pada pagi ini selain bersarapan nasi goreng Cina dan nuget ayam, Mak Aji rebus lagi pisang batu yang masak sepenuhnya. Ini baru pisang rebus sebenar! Berikut fotonya:
pisang rebus asli |
Pisang ini direbus biasa sahaja dengan diletakkan sedikit garam agar pisang menjadi lemak. Terbukti pisang bukan sahaja lemak tetapi juga manis (manis buah) - memang sedap. Pak Aji komen - pisang itu jauh lebih sihat daripada nasi goreng Cina dan nuget. Apa-apalah - memang cucu Mak Aji suka.
Cucu Mak Aji, Imran, suka sangat makan pisang rebus. Itu tidak menghairankan sebab uminya kata dia boleh makan 4 biji pisang sekali hadap! Memang hantu pisang (macam juga uminya dan juga Tok Manya!). Serupa aja anak-beranak.
No comments:
Post a Comment