Thursday 26 January 2012

Idea untuk Hantaran

Kawan di ofis menunjukkan kepada Mak Aji contoh bakul tat yang ditempah khusus untuk hantaran kahwin. Keseluruhannya, termasuk bakul boleh dimakan! Berikut gambarnya:

siap dengan kotak sekali


dari dekat
lihatlah anyamannya, cukup kemas!
Selain itu, Pn. Ely yang menghasilkan kuih di atas juga merupakan salah seorang staf di ofis kami yang tidak putus-putus menerima tempahan untuk coklat yang dibuatnya sendiri. Beliau juga ada menganjurkan kelas untuk mereka yang ingin belajar membuat coklat. 

Coklat yang boleh ditempah mengikut warna tema pelanggan!
Mereka yang berminat untuk mengetahui lanjut boleh ikuti pautan ini untuk ke blog Pn. Ely kerana banyak lagi hasil tangan beliau yang memang cantik!:
http://www.elycoklat.blogspot.com/

9 comments:

  1. bakul pon boleh makan?
    memang menarik. pandai akak tu buat!

    ReplyDelete
  2. yessss. bakul tu dipintal-pintal, dengan adunan roti rasanya! macam makan rotilah!

    ReplyDelete
  3. berkenan betul tengok bakul yg boleh makan tu kak. kreatifnya tukang buat tu.

    ReplyDelete
  4. memang cantik dan kemas bakulnya, macam betul! Boleh makan pulak, lagilah! Jangan risau, orgnya dr Bhg. Sistem Maklumat kita! Cuma semak wajahnya di blognya!

    ReplyDelete
  5. sedang dalam pertimbangan untuk Hanif lepas raya nanti!

    ReplyDelete
  6. Mmm ... jangan timbang-timbang lagi, terus ambik!!!

    ReplyDelete
  7. takleh ambik lagi, lepas raya puasa nun!! Insya-Allah 1st September, dok pilih design dan warna mana satu nak!!

    ReplyDelete