Followers

Monday 30 January 2012

Nak Tengok IC P. Ramlee??

Mak Aji balik ke rumah dan terkejut melihat fotopi IC P.Ramlee di atas meja. Kata Pak Aji, dia ke kedai dan terserempak dengan P. Ramlee, dan fotokopi ini P. Ramlee yang bagi dia!? Bila dibelek betul-betul, nampak macam yang sebenar. Cuba lihat ini:

bahagian hadapan
bahagian belakang
Apa macam? Memang dia, kan?? Sebenarnya Pak Aji pergi ke sebuah kedai untuk membuat fotokopi dokumen, dia terlihat fotokopi ini, lantas diminta agar dibuat satu salinan untuknya! 


Saturday 28 January 2012

Little Ballerina

Cuba lihat gelagat cucu saudara Mak Aji semasa kami berkampung di rumah Cik Na pada pagi tadi:

Mana kasut baletnya??
Comel!

Menghantar Anak Buah ke Bagan Serai

Pagi-pagi Sabtu, selepas menunaikan solat Subuh Mak Aji sekeluarga bertolak ke Taiping, ke rumah adik (Cik Na), di kuarters IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Taiping - suaminya bertugas di situ. Kami berkumpul di situ sebelum bertolak ke Bagan Serai untuk menghantar anak buah (yang kahwin tempoh hari) ke rumah mentuanya. Kenduri di pihak lelaki diadakan pada hari ini. 

Sebagai hadiah kepada keluarga pihak lelaki, Cik Ning membawa bingkisan berikut (juga dihasilkan oleh Berdua Bridal):

Hadiah untuk besan
coklat
coklat lagi
coklat dari dekat
kek cawan buatan sendiri
kek cawan
buah-buahan
buah-buahan dari dekat
kain sepasang
juga kain sepasang (diari sebagai topangnya)
Setelah hampir semua saudara mara sampai ke Taiping, kami bergerak ke Bagan Serai. Mak Aji biasa dengar nama tempat ini tetapi belum pernah menjejak kaki ke sini. Rombongan kami terdiri daripada 10 buah kereta yang datangnya dari Kota Bharu, KL, Penang, Cameron Highlands dan Taiping sendiri. Selepas selesai sahaja majlis, masing-masing berpecah pulang ke rumah masing-masing.

Ini foto di rumah pengantin lelaki:

Irfan, Dada, Cik Ning dan Anis
Mak Aji, Dada, Cik Ning dan Anis
Pengantin tiba
Rombongan berjalan menuju ke rumah pengantin lelaki
rombongan kami
tiba di hadapan rumah
kami juga
Cik Ning menjenguk besan!
Ayam golek tunggu dimakan
Meja makan
Mak Aji tengah menapai (makan tapai) - nakal si Hanif nih!!
Yon (Hafiz), pengantin lelaki berbisik kepada Mak Aji agar mendoakan agar mereka menjadi pasangan yang soleh dan solehah dan Mak Aji mengangguk sahaja. Pesan Mak Aji kepada Hafiz, jagalah Dada, satu-satunya anak perempuan Cik Ning, berilah kasih sayang sepenuh hati kepadanya, jagalah kebajikan serta keselamatannya seperti yang selama ini dilaksanakan oleh abah Dada sebagai walinya! Semoga Hafiz dan Dada berbahagia melayari bahtera rumah tangga dan hidup dengan penuh keberkatan! Amin!! 

Thursday 26 January 2012

Idea untuk Hantaran

Kawan di ofis menunjukkan kepada Mak Aji contoh bakul tat yang ditempah khusus untuk hantaran kahwin. Keseluruhannya, termasuk bakul boleh dimakan! Berikut gambarnya:

siap dengan kotak sekali


dari dekat
lihatlah anyamannya, cukup kemas!
Selain itu, Pn. Ely yang menghasilkan kuih di atas juga merupakan salah seorang staf di ofis kami yang tidak putus-putus menerima tempahan untuk coklat yang dibuatnya sendiri. Beliau juga ada menganjurkan kelas untuk mereka yang ingin belajar membuat coklat. 

Coklat yang boleh ditempah mengikut warna tema pelanggan!
Mereka yang berminat untuk mengetahui lanjut boleh ikuti pautan ini untuk ke blog Pn. Ely kerana banyak lagi hasil tangan beliau yang memang cantik!:
http://www.elycoklat.blogspot.com/

Raya Cina Exodus

Seperti tahun-tahun lepas juga setiap kali ada perayaan yang bertemu dengan hari minggu, warga kota terutamanya mengambil peluang pulang ke kampung masing-masing. Apa lagilah dengan cuti seminggu (biasanya) ekoran raya puasa atau raya Cina.

Kami pun berbuat yang sama dan kami bergerak menuju Kota Bharu pada jam 8.30 pagi selepas sarapan. Elok sahaja sampai ke lebuh raya Karak, selepas Seri Gombak, kenderaan semakin banyak dan jalan semakin sesak. Jalan sedemikian sehinggalah ke persimpangan masuk ke Bentong. Melihatkan keadaan tersebut, Pak Aji terus sahaja dan hanya masuk ke simpang Sertik/Cinta Manis. Jalan itu agak selesa berbanding jalan Bentong.  

bumper-to-bumper somewhere in Pahang

Cuaca menyebelahi kami kerana agak nyaman, tidak panas dan tidaklah hujan. Kami tiba di Kota Bharu sekitar jam 7.00 malam. Hilang sesak dalam perjalanan, bermulalah pula sesak di bandar Kota Bharu!

Selesai semua urusan kenduri, Mak Aji dan anak-anak balik ke KL (tanpa Pak Aji - ada urusan lain). Kami bertolak sekitar jam 8.00 malam dan tiba di KL jam 2.00 pagi. Selepas menghantar anak buah ke UPM Serdang (dia menumpang) kami tiba ke rumah jam 3.30 pagi. Jam 4.00 barulah boleh rebahkan belakang! Kunci jam untuk bangun jam 5.30 tetapi tewas, badan tak mahu bangun. Jam 6.30 pagi barulah boleh bangkit dan terus bersiap ke pejabat. Apa lagi, badan umpama zombi, melayang-layang rasa nak tumbang! Itulah dia pengalaman balik kampung dengan tidak mengambil cuti tambahan. 

Tapai Oh Tapai!

Kalau kita sebut tapai, kita akan membayangkan tapai pulut atau tapai ubi kayu. Tapai pulut pula biasanya (kalau di Pantai Timur) dibungkus dalam daun pokok getah (setangkai tiga helai daun - cukup comel).

atau ada juga yang diletakkan ke dalam bekas pakai buang (disposable - macam lampin bayilah pulak!) yang kecil comel.


Tapai ubi pula ada yang warnanya putih


dan yang lebih cantik yang berwarna kuning (susah sikit nak dapat).


Semasa majlis kahwin anak buah tempoh hari Cik Ning menempah tapai yang agak luar biasa sebab rupanya memang lain daripada yang lain dan dibungkus dalam bekas empat segi yang comel. Tapai ini juga dwiwarna. Memang luar biasa dari segi rupa dan cukup manis!

Mak Aji menggelarnya tapai 'Lautan Biru' sebab pembuatnya berani mencuba sesuatu yang baru (berbanding tapai stereotaip yang lain), yang belum pernah dicuba oleh orang lain dan eksperimen tersebut terbukti berjaya memikat peminat tapai!! Kalau begini rupanya, ada rupa dan sesuai masuk majlis yang gah!

Ini gambarnya:



comel kan!                                            

Bercerita pasal tapai, teringat pula Mak Aji tentang cendol pulut tapai yang biasa Mak Aji makan semasa bertugas di Kota Bharu sekitar tahun 2000 lepas. Gerainya terletak di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, berhadapan dengan Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Semasa balik kampung tempoh hari terlupa pula untuk mencarinya - memang terlalu sibuk pun dengan kenduri kahwin. Setakat yang Mak Aji makan rasanya inilah yang paling sedap, jadi kalau ke Kota Bharu, jangan lupa cari yang ori ya!!

Oh ya, sebenarnya tak payah ke Kota Bharu untuk merasanya sebab tapai dah 'maghi' ke KL pun! Tak perlu cari dia, dia datang cari kita!

Sebenarnya, Mak Aji baru terjumpa laman ini, rupanya oleh pengusaha cendol pulut tapai tersebut. Mereka sudah membuat promosi di lamannya sendiri, boleh ditempah di kawasan Ulu Kelang khusus untuk jamuan



dan sebagainya. Berikut lamannya:

http://dcendol.com/pakej.html

Syabas Mak Aji ucapkan kepada pengusaha ini - macam inilah sepatutnya orang Melayu berniaga!!!

Puding Tapai Aiskrim Vanila dengan Strawberi

Semasa perkahwinan anak buah pada dua hari lepas, pasangan pengantin dan tetamu khas dihidangkan pencuci mulut berupa Puding tapai aiskrim vanila dengan strawberi. Tapai dwiwarna ditaruh aiskrim vanilla dan dibubuh wafer serta strawberi segar (yang dibawa khusus oleh adik Mak Aji yang tinggal di Cameron Highlands). Ini gambarnya, sungguh sedap!!

puding tapai aiskrim dan strawberi
mmmm sedap!!

Catatan: Puding istimewa ini hasil karya Cik Na, Irfan dan Anis!! Terbaikkkk!

Majlis Kahwin Adik (Alimin)

Pada hari raya Cina yang kedua, berlangsung pula majlis kahwin adik. Berikut foto sekitar majlis:

selepas selesai akad
di pelamin
untuk kenangan
bersama-sama ibu pengantin perempuan dan saudaranya
aksi anak-anak saudara
di atas pelamin
di pergola
main intai-intai
pelamin
meja makan
di hadapan rumah                     
di pergola
posing lagi
keluarga pengantin lelaki
mak dan bapa pengantin perempuan
Berikut hantaran daripada  pihak perempuan:

buah-buahan
cincin
coklat
kasut
baju kemeja
al-Quran
sejadah
tablet
telefon bimbit
wangian
Berikut hantaran daripada pihak lelaki:

cincin dan cek (tiada dalam gambar - belum taruh lagi)
coklat
baju sepasang
kasut
kunci
sirih
tas tangan
telekung
wangian
Berikut tanda mata untuk tetamu:


Mak Aji seronok melihat pulut kuning dengan telur dadar berwarna-warni serta onde-onde, tapai dan agar-agar merah sebagai pencuci mulut:

pencuci mulut
Ini yang Mak Aji ambil:


Catatan: Semua persediaan perkahwinan (pelamin, meja makan, bilik) serta hantaran dihasilkan oleh Berdua Bridal. Sila ikuti pautan untuk mendapatkan maklumat lanjut. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...